,
Hiburan

"Kumpulan Hip Hop Di Malaysia Bertuah” - MukaRakat Kagum Hip Hop Dapat Sambutan Hangat di Malaysia

Fiza Kamarudin
10/03/2020
01:30 MYT
Kumpulan hip hop dari Indonesia, MukaRakat kagum masyarakat Malaysia menerima genre muzik tersebut dengan baik dan memberi sambutan hangat.
MukaRakat yang dianggotai Lipooz, DirtyRazkal, D’Flow, I’m Rapholic dan DJ GeraMar yang membuat persembahan di #RapStarERA baru-baru ini berbangga dapat bertemu peminat hip hop di negara ini.
Salah seorang anggotanya, I’m Rapholic berkata di Indonesia muzik dangdut dan rock sangat popular sementara hip hop sedang bersaing untuk mendapatkan tempat di kalangan peminat.
Jadi kata I’m Rapholic, mereka sangat tertarik untuk ke datang Malaysia dan dapat berada di negara ini dianggap satu pencapaian yang membanggakan.
“Di Indonesia, dangdut dan rock saling berganding manakala hip hop sedang merintis jalan untuk berada seiringan dengan kedua-duanya.
“Kumpulan hip hop di Malaysia sangat bertuah kerana kehadiran mereka dalam industri muzik di sini sangat diraikan dan mendapat pendedahan meluas.
“Populariti kami di sana banyak dibantu oleh media sosial seperti Youtube. Followers kami sekarang sudah lebih 50,000 orang,” katanya.
Menurut I’m Rapholic, mereka ‘berjalan’ saja mengikut arus seperti air yang mengalir kerana mereka percaya kalau muzik itu bagus, ia tetap bagus.
“Sumber ilham kami adalah Tuhan Yang Maha Kuasa dan semua kumpulan hip hop yang ada di Indonesia menjadi rujukan kami. ‘Komuniti’ hip hop di Indonesia semakin bercambah dan kami bersatu serta sering mengadakan persembahan indie,” katanya ketika di temui di Universal Music Malaysia.
MukaRakat terbentuk pada 2017, dan sedang menjadi bualan ramai di kalangan penggemar muzik di tanah kelahiran mereka, Indonesia.
Dikenali sebagai kumpulan hip hop yang menggabungkan budaya dan tradisi Indonesia ke dalam muzik dan visual mereka, MukaRakat meneruskan impian untuk meletak nama negara mereka di mata dunia.
Dalam masa dua tahun MukaRakat telah tampil dengan sembilan single yang menjadi hak cipta mereka sepenuhnya.
Pada akhir tahun 2019, MukaRakat resmi bergabung dengan Def Jam Records SEA di bawah naungan Universal Music Indonesia.
Beberapa single MukaRakat dapat diakses melalui saluran Youtube 16 Bar Indonesia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bakal Beri Kejutan Buat Peminat, MukaRakat Beri 'Pemanas' Terlebih Dahulu

gempak
12/07/2021
11:17 MYT
Kumpulan dari Indonesia, MukaRakat sedang menyiapkan sesuatu yang istimewa buat para peminatnya.
Hiburan

"Cara Merayu & Menarik Perhatian Wanita Ketika Berada Di Kelab Malam Selalu Sama" - MukaRakat Muncul Dengan Buah Tangan Nona

gempak
30/08/2020
07:07 MYT
Kami memilih untuk menggunakan muzik yang lebih berjiwa dan jazzy.
Hiburan

Kini Bersama Def Jam, MukaRakat lancarkan Single Terbaru Berjudul N.O.S

gempak
30/04/2020
22:21 MYT