Berita
"Kuman Sudah Merebak Ke Dalam Otak Anak Saya" - Chot Mohon Doakan Anak Segera Sembuh
Bekas peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Chot yang juga anggota kumpulan XOXO memohon orang ramai supaya terus mendoakan kesihatan anaknya, Muhammad Sher Harraz Azmeer.
Menurut Chot, selepas menjalani pembedahan empat hari lalu, anaknya kini dijangkiti kuman dalam tubuh badannya sehingga doktor perlu mengambil air tulang belakang untuk melakukan kajian.
"Selepas pembedahan hidung empat hari lalu, anak saya dijangkiti kuman.
“Doktor perlu ambil air tulang belakang untuk mengkaji jenis kuman yang merebak dalam tubuh badannya.
"Tisu ini sangat aktif kerana tumbuh semula selepas pembedahan. Manakala kuman pula sudah merebak ke dalam otak anak saya.
"Kami masih tunggu keputusan doktor samada nak ambil air tulang sum sum atau tulang belakang," katanya.
Terdahulu, anaknya yang perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan memerlukan kos sebanyak RM18,000 menerusi sebuah entri di IG.
Dalam entri tersebut Chot turut memberitahu Harraz sebelum itu sudah menjalani pembedahan membetulkan tulang pada bahagian hidung yang menyukarkan pernafasannya.
Chot yang kini bertugas sebagai penyampai di Melaka FM, pernah menganggotai XOXO bersama pelawak Wan dan Wan Gegau.
Bagaimanapun pelawak dan penyampai radio tersebut memohon orang ramai untuk terus mendoakan supaya Harraz semakin kuat.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video