,
Hiburan

Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan

Firdaus
17/07/2024
15:55 MYT
Selepas sambutan memberangsangkan di beberapa wilayah di Indonesia seperti Bandung, Jakarta, Yogyakarta dan Bali pada Mei dan Jun lalu, Kugiran Masdo melebarkan sayap mereka dengan bermain di festival muzik di Mongolia dan Korea Selatan.

Pengalaman Yang Menakjubkan!

Kali pertama membuat persembahan di dua negara tersebut, Kugiran Masdo yang dianggotai Ali Saria (vokalis) Putu Ceri (bes) dan Asmawi (gitaris) mengakui ia satu pengalaman dan peluang yang menakjubkan.
“Kami baru pulang dari Ulaanbaatar, Mongolia dan Busan, Korea di mana kami menjayakan festival muzik di sana pada 5 Julai dan 7 Julai lalu. Di Korea kami mewakili Malaysia bermain di Round Festival dan di Mongolia pula kami bermain Playtime Festival yang mempunyai 13 pentas keseluruhannya.
“Alhamdulillah sambutan di festival di Mongolia memang luar biasa. Kami memang kali pertama ke sana, tempatnya sangat menarik sebab kami bermain di kawasan ladang, yang mempunyai pemandangan pergunungan dan sebagainya.

“Bukan setakat pemandangan cantik tapi ‘crowd’ yang datang pun memang terbaik walaupun kami menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk berseronok.

"Mana-mana negara kami pergi ‘perform’, kami tetap menyanyikan lagu bahasa kita dan sama seperti di sana mereka ‘enjoy’ muzik kami,” katanya ketika ditemui di sidang media Mahardika yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menurut Ali, peluang untuk Masdo membuat persembahan di dua negara berkenaan terbuka selepas menjayakan Asian Music Festival di Singapura pada tahun lalu.
“Ramai ‘promoter’ dan agen dari seluruh negara yang datang ke acara itu, jadi mungkin malam itu menangkap mata mereka dan merasakan kami ada potensi untuk dibawa keluar. Ketika itu ‘crowd’ di Singapura agak ‘wild’ juga jadi mereka merasakan kami boleh dibawa ke luar negara. Alhamdulillah rezeki kami dapat bermain di Mongolia.
“Selepas ini InsyaAllah kami akan ke luar negara juga seperti Thailand, Vietnam dan beberapa negara lagi. Kami ke sana pun untuk buat ‘connection’ juga. Sebab mengikut data Spotify kami, pendengar kami bukan sahaja di Malaysia tapi ada juga di Thailand dan beberapa negara yang belum pernah kami pergi,” katanya.

BERITA TRENDING: Pernah Dikritik Penampilan Tak Mandi, Ini Respon Kugiran Masdo - “Kami Tak Simpan Dalam..”

​BERITA TRENDING: Dikritik Penampilan Seperti ‘Tak Mandi’, Wargamaya Back-Up Masdo

​BERITA TRENDING: Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!

​BERITA TRENDING: Ada Nilai Sentimental, Kugiran Masdo Enggan Jual Ratusan Blazer & Sut - “Masih Simpan Yang Pertama Kali Kami Miliki”

Berkongsi lanjut, Masdo menyatakan ia adalah satu pengalaman yang menarik yang dapat dipelajari ketika menjayakan festival muzik antarabangsa terutamanya di Mongolia walaupun ada sedikit perasaan skeptikal.
“Seronok bermain di festival di luar negara sebab di sana lebih besar. Memang lain di sana. Jujurnya lokasi di Mongolia itu sangat luar biasa. Kawasan itu dikelilingi gunung ganang.
“Pada awal kami datang kami sudah bersangka buruk, kami naik kereta ke tempat konsert lebih kurang dua jam dari bandar. Kami nampak ada orang naik kuda beramai-ramai. Kami ingat kami kena ‘ambush’ atau ‘scam’ tapi bila sampai sahaja di sana kami teruja sebab mereka boleh buat festival di kawasan seperti itu.
“Fasiliti pun bagus sebab mereka juga ada pacak menara telekomunikasi dan juga ada bank kecuali tandas yang kami fikir dua atau tiga kali nak pergi. Itu perkara biasalah bila kita pergi festival. Memang agak ekstrem di sana tapi ia sebuah pengalaman yang mengujakan buat kami. Semoga kami dapat lebih rezeki ke negara lain pula,” katanya yang baharu tampil dengan single baharu, Perih Jerih.
Sekadar info, Kugiran Masdo akan menjayakan konsert meraikan sambutan Hari Merdeka iaitu Mahardika: Spider X Ella X Masdo pada 30 Ogos depan di Spice Arena Penang, Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Dipuji Miliki Suara Unik & Klasik, Tapi Ada Juga Netizen Kritik Persembahan Aisyah Aziz – “Nampak Struggle…”

gempak
15/11/2024
14:50 MYT
Kemunculan penyanyi Aisyah Aziz di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 39 (SFMM39) malam tadi mencuri perhatian ramai.
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Unitar