,
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

Gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Seekor kucing di Britain yang dipercayai tertua di dunia mati pada usia 33 tahun selepas hidup bersama pemiliknya, lapor akhbar New York Post.
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Pemilik haiwan tersebut, Lila Brisset berkata, Rosie dilahirkan pada tahun 1991 dan berusia 33 tahun pada 1 Jun lalu.
Ia menghembuskan nafas terakhirnya pada usia bersamaan dengan 152 tahun umur manusia.
“Rosie tidak begitu sihat dan pada suatu hari, ia hanya masuk ke dalam rumah, berbaring dan mati,” kata Brisset.
Menurut data rasmi Guinness World Records, gelaran kucing tertua di dunia yang masih hidup direkodkan oleh haiwan itu dari Orpington, Greater London yang berusia 27 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.