,
Laman Utama

Kucing Taylor Swift Jadi Haiwan No 3 Terkaya Di Dunia

Maliah Surip
07/01/2023
14:50 MYT
Bukan hanya tuannya sahaja, Taylor Swift yang masuk dalam daftar antara penyanyi wanita terkaya di dunia.
Rupa rupanya, seekor kucing milik bintang itu juga disenaraikan sebagai haiwan peliharaan terkaya di dunia.
Itulah yang dilaporkan oleh New York Post berdasarkan informasi yang diambil dari All About Cats.
Kucing Swift dari baka Scottish Fold itu diberi nama Olivia Benson. Benson ditaksirkan memiliki kekayaan mencapai RM436 juta (US$97 juta) sekaligus menjadi haiwan peliharaan ketiga terkaya di dunia.
Pencapaian itu diperoleh menerusi analisis di Instagram dan potensi bayaran yang diperoleh haiwan tersebut dalam satu muat naik foto di media sosial.
Sekeping foto Olivia yang dimuat naik Swift pernah mendapat lebih dari dua juta likes di Instagram. Ia merupakan foto Olivia sedang baring di sofa pada tahun 2020.
Olivia juga sangat terkenal dalam kalangan peminat Swift dan pernah dibawa penyanyi tersebut menjadi ‘model’ dalam klip videonya, Blank Space dan Me! Selain itu Olivia juga pernah terbabit dalam iklan Diet Coke pada 2014.
Meski demikian, Olivia bukanlah satu satunya kucing yang dipelihara Swift. Dia juga memiliki seekor lagi kucing yang diberi nama Benjamin Button. Nama tersebut diambil dari karakter Brad Pitt dalam film The Curious Case of Benjamin Button yang rilis pada 2008.
Selain Olivia, haiwan yang menduduki tempat pertama paling kaya di dunia adalah seekor anjing German Shepherd dengan nama Gunther VI, dimiliki individu di Itali.
Di posisi kedua pula adalah seekor kucing yang sudah masuk dalam kategori selebriti seleb kucing media sosial, Nala. Nala merupakan seekor kucing campuran Siamese dan Tabby. Kekayaannya mencapai RM440 juta (US$ 100 juta).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.