gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Merisaukan! 76 Peratus Rakyat Terengganu Obesiti
HIBURAN
Marc Syahmie Syukur Sudah Bebas Kanser, Kini Aktif Berlakon Semula
HIBURAN
Dakwa Diugut! Elliza Razak Minta ‘Support’ Bisnes Untuk Selesai Hutang - “Pihak Bertanggungjawab Hilang Tanpa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Kucing Buang Najis Rumah Jiran & Pemilik Buat Tak Tahu, Boleh Buang Kucing Tu” - UAI

gempak
Azwa Rahman
11/01/2022
08:02 MYT
Sponsor Banner
“Kucing Buang Najis Rumah Jiran & Pemilik Buat Tak Tahu, Boleh Buang Kucing Tu” - UAI
Topik haiwan peliharaan sering menjadi perbalahan dan mencetuskan permusuhan di antara jiran tetangga.
Sikap pemilik haiwan peliharaan yang hanya tahu membela dan tak tahu menjaga, membiarkan kucing mereka berkeliaran dan membuang najis sampai ke rumah jiran amatlah tidak bertanggungjawab.
Penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus menjelaskan jika ada kucing peliharaan jiran selalu membuang najis di kawasan rumah, kita boleh membuang binatang itu di tempat yang sepatutnya.
Tetapi, harus terlebih dahulu membuat aduan kepada pemilik haiwan peliharaan tersebut dan tuannya perlu membersih dan membayar ganti rugi.
“Elok dah hukum hakam, kalau pemilik kucing enggan juga, boleh dilaporkan kepada kadi tapi takkan nak lapor kes kucing pada kadi, ini bukan salah kucing itu tetapi tuannya.
“Jadi dalam kes begini, orang yang beriman tidak akan susahkan orang lain sama ada dengan mulut atau perbuatan. Melepaskan haiwan, membusukkan rumah orang lain, ini orang yang tidak sejahtera Islamnya,” katanya.
Azhar menjelaskan perkara itu dalam satu sesi soal jawab ketika ceramahnya yang telah dimuat naik di media sosial Facebook.
Tambahnya lagi, sekiranya pemilik kucing masih tidak mengendahkan aduan yang dibuat, maka harus untuk mangsa membuang haiwan peliharaan itu ke tempat lain.
“Kalau tuan kucing buat tak tahu dan rumah kita masih jadi sasaran najis-najis tersebut, hukumnya harus untuk kita buang benda yang mudarat.
“Kita boleh ambil haiwan itu dan letak di tempat yang jauh tapi dia boleh hidup,” katanya lagi.
Sumber: Kosmo Online
Topic Berkaitan
#Ustaz Azhar Idrus
#Jiran tetangga
#Najis kucing
Must-Watch Video