,
Hollywood

Kucing Antara Pewaris Harta RM700 Juta Karl Lagerfeld

Amri Hassan
20/02/2019
02:01 MYT
Ketika dunia sedang berkabung atas kehilangan pereka fesyen tersohor, Karl Lagerfeld, spekulasi mengenai harta peninggalan beliau mula menjadi buah mulut.
Memetik laporan media antarabangsa, Karl yang merupakan pengarah kreatif jenama mewah Chanel dan Fendi itu meninggalkan sejumlah harta bernilai £150 juta (RM 649 juta) selepas kematiannya.
Yang menariknya, kucing peliharaannya, Choupette dinamakan sebagai salah satu daripada pewaris hartanya itu.
Choupette merupakan seekor kucing baka Burma yang dibela Karl sejak 2011.

?✒️ #GratitudeJournal #Basic

A post shared by Choupette Lagerfeld (@choupettesdiary) on

Populariti Choupette bukan biasa-biasa memandangkan akaun Instagram haiwan itu mendapat lebih 128,000 pengikut.
Selain Choupette, model lelaki Brad Kroenig dan anaknya, Hudson difahamkan bakal menjadi pewaris harta Karl.
Hudson pernah tampil beberapa kali di pentas peragaan sejak berusia 2 tahun manakala Chopette pernah dipaparkan dalam kempen fesyen Karl.
Karl juga pernah menghasilkan sebuah koleksi yang dinamaka Choupette in Love yang diinspirasikan daripada mata kucing itu.
Sepanjang dibela Karl, Choupette memiliki koleksi rantai berlian, cef dan pendandan rambutnya sendiri.
Karl meninggal dunia pada usia 85 tahun di sebuah hospital di Paris, Perancis pada Selasa.
Sumber: Dailymail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kenapa Choupette, Kucing Mendiang Karl Lagerfeld Merupakan Kucing Paling Bertuah Di Dunia?

gempak
14/02/2022
08:50 MYT
Memang bertuah!
Hollywood

Upah Bintang Filem Porno Untuk Model Fendi, Ini 10 Perkara Tentang Lagenda Fesyen Dunia Karl Lagerfeld

gempak
20/02/2019
08:32 MYT
Hollywood

Fakta Menarik Karl Lagerfeld, Meastro Fesyen yang Meninggal Dunia dan Dikenang Penggemarnya

gempak
20/02/2019
03:50 MYT
Hiburan

Pereka Fesyen Terkemuka Karl Lagerfeld Meninggal Dunia

gempak
19/02/2019
14:43 MYT