,
Berita

Kuching Diiktiraf Bandar Ke 10 Terbersih Di Dunia, Kuala Lumpur Pula Di Kedudukan…

Gempak
23/01/2024
12:55 MYT
Ibu negeri Sarawak iaitu Kuching menerima pengiktirafan sebagai bandar terbersih di dunia.
Kebersihan bandar raya ini telah diukur berdasarkan kualiti udara terkini.
Menurut laporan kualiti udara bandar di seluruh dunia di laman web IQAir, Kuching berada di kedudukan ke-10 dengan mencatat jumlah 18 mata indeks kualiti udara (AQI).
Kedudukan itu jauh mengatasi Kuala Lumpur yang berada di tempat ke-81 dunia dengan mencatatkan AQI sebanyak 86 mata.
Sebelum ini Kuching berjaya merangkul beberapa anugerah bandar terbersih antaranya dari Majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN pada tahun lalu.
Sementara itu, Kobe, Jepun berada di kedudukan pertama dengan mencatatkan AQI sebanyak empat mata diikuti San Francisco, Amerika Syarikat dan Osaka, Jepun.
Singapura pula disenaraikan pada kedudukan ke-34, Jakarta (47) dan Chiang Mai (Thailand) pada tangga ke-57.
Dalam pada itu, Dhaka (Bangladesh) disenaraikan sebagai bandar raya paling kotor di dunia dengan 300 mata diikuti Kolkata dan Delhi di India yang melengkapkan senarai tiga bandar paling tercemar di dunia
Sumber: tvsarawak.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Berita

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

gempak
11/09/2024
02:25 MYT
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.