,
Laman Utama

Kucaimars Pertaruh Single Balada, Harap 'Wanita' Dapat Jadi Pengubat Yang Patah Hati

Zulaikha Yusof
05/03/2021
02:30 MYT
Penyanyi Kucaimars mula mencuri perhatian pada tahun 2018 apabila video dirinya menyanyikan lagu-lagu saduran yang dikongsikan di laman sosial media menjadi tular.
Bekas peserta program Big Stage 2019 ini semakin menjadi sebutan apabila berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir.
Sebagai pembuka tahun 2021, Kucaimars, 24, tampil dengan single terbarunya yang berjudul Wanita sebagai permulaan kalendar seninya.
Menurut Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani berkata ini adalah lagu pertamanya bergenre balada yang mengisahkan individu sedang patah hati.
"Ini merupakan lagu pertama saya yang berunsur balada menyayat hati.
"Lirik lagu ini bercerita tentang seseorang yang patah hati setelah gagal dalam percintaan, setelah dilukai oleh wanita yang dicintainya.
"Saya berharap lagu ini dekat di hati pendengar yang pernah mengalami pengalaman yang serupa dan semoga lagu ini menjadi sesuatu yang mereka akan dengar untuk mengubati hati sendiri," katanya.
Wanita merupakan ciptaan bersama Shamin Nazri dan Rudy Nastia. Lagu ini diberikan susunan muzik yang indah oleh Rudy Nastia bersama Bajai.
Single Wanita terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 26 Februari 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.