,
Viral

Kritik Orang Bersenam Tapi Tak Jaga Perihal Agama, Ini Reaksi Netizen

Gempak
25/02/2024
06:55 MYT
Seorang pengguna TikTok menuai respons orang ramai setelah dirinya mengkritik sikap segelintir pihak yang bersenam tanpa menjaga aurat.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, dapat didengari individu berkenaan menilai sikap manusia yang dianggap memandang remeh hukum agama demi melakukan senaman untuk menjaga kesihatan.

BERITA TRENDING: Tukar Lampin Bayi 2 Kali Sehari, Individu Bergelar Ibu Teruk Dikritik Warganet - “Sanggup Biarkan Bayi…

“Hari ini ramai orang nak sihat, tapi sebenarnya sihat itu datang daripada Allah SWT, tak salah nak jaga kesihatan, tapi hari ini ramai umat Islam tak jaga aurat.
“Walaupun mereka bertudung tapi pakaian mereka ketat-ketat, Allahuakbar. Dan sebenarnya ramai yang tidak solat,” katanya. Entri yang dimuat naik semula di Platform X itu mendapat reaksi netizen di mana rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap individu berkenaan yang dianggap suka menghukum orang lain tanpa usul periksa.
“Ini contoh orang yang menyibuk. Berlakon sempurna, tapi suka kacau orang lain.”
“Ujian buat dia ni. Impian untuk melangkah ke syurga mungkin kena kait jatuh ke neraka bila lalu titian sirat sebab tuduh orang tak solat.”
“Kepada yang merakam, tak perlu kau sibuk-sibuk nak buat kerja Tuhan menilai orang sana sini. Buang masa. Sebab kerja kau mengabdikan diri hanya pada Allah.”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tular itu meraih hampir 500,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.