,
Hiburan

Krisis Rumah Tangga: Harith Iskander, Jezamine Akan Keluarkan Kenyataan Bersama Dalam Masa Terdekat

Awani
12/07/2024
04:55 MYT
Pelawak terkenal, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim akan mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat berhubung permohonan cerai mereka.
Dalam perkongsian mesej di aplikasi WhatsApp, Harith turut memohon maaf atas kelewatan membalas mesej dan mohon diberikan masa sebelum memberikan penjelasan berhubung krisis rumah tangganya.

Kenyataan

"Terima kasih atas panggilan atau mesej. Saya mohon maaf atas kelewatan menjawab.
"Kami akan membuat kenyataan bersama dalam masa terdekat dan anda pasti menjadi orang pertama mengetahuinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fail Cerai, Harith Iskander Belum Sedia Beri Komen

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] "Tak Lawak Langsung! Wanita Ini Perlukan 'Bantuan'" - Harith Iskander

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa Je Tak Nangis Tengok Wanita Yang Disayangi Kesakitan”- Penyanyi ‘Stop Lah Being So Cute’ Dah Jadi Bapa, Timang Anak Pertama!

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta Maaf Kalau Tweet Menyinggung Perasaan, Dengan Ikhlas Saya Bertanya Pasal ATM…” – Harith Iskander

ARTIKEL BERKAITAN: “Bidang Ni Pun Kena Volunteer Ya? Equipments All Bayar Pakai Daun Is It” Harith Iskander Dikecam Netizen Kerana…

"Terima kasih banyak atas kesabaran anda," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Sementara itu, Dr Jezamine memberitahu Astro AWANI, permohonan cerainya itu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 15 Julai ini.
"Hearing on 15th July, after that okay (Sebutan kes pada 15 Julai ini, lepas itu okey (untuk mengeluarkan kenyataan)," ujarnya.
Dr Jezamine sebelum ini mengesahkan yang beliau memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada Jun lalu.
Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Hiburan

Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ Sonic Dedah Keperibadian Sebenar Isteri Fattah Amin - “Yang Rapat Saja Tahu…”

gempak
16/09/2024
07:25 MYT
Penyampai radio, DJ Sonic mendedahkan dia menerima banyak mesej di Instagram dan WhatsApp malah ada yang menghubunginya untuk bertanyakan mengenai isu melibatkan aktres Fazura.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.