,
Berita

Kreatifnya! Kereta Kancil Ini Diubah Suai, Peniaga Jadikan Tempat Duduk Penumpang Masak Martabak Maggi

ZULHILMI JALIL
20/07/2020
01:48 MYT
Lazimnya meja dan payung menjadi kelengkapan asas golongan para peniaga untuk menjalankan aktiviti bisnes mereka.
Begitupun, lain pula kisahnya dengan seorang peniaga martabak maggi ini yang dilihat cukup kreatif apabila mengubah suai kenderaannya itu sebagai tempat memasak!
Mana tidaknya, peniaga yang menjual martabak maggi ini menjadikan bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta Perodua Kancil sebagai ruang dapur.
Perkara itu dikongsikan pengguna pemilik akaun @Sarawak_Aritok di Twitter.
"Kreatif..janji ada usaha ingin berjaya dalam hidup.
"Apa-apapun, boleh dilakukan dengan kesungguhan dan niat yang ikhlas untuk memajukan diri dan keluarga," tulisnya.
Dalam entri tersebut, kelihatan peniaga berkenaan sedang menyediakan pesanan martabak maggi di atas kancil putih miliknya kepada para pelanggannya yang sedang beratur menunggu.
Janji ada usaha ingin berjaya dalam hidup, apa² pun boleh dilakukan dengan kesungguhan dan niat yang ikhlas utk memajukan diri dan keluarga. pic.twitter.com/ITTN6cYAfU— SARAWAK ARITOK (@Sarawak_Aritok) July 17, 2020 Posting tersebut kemudian mendapat perhatian netizen yang kemudiannya diulang kicau lebih 5,900 kali oleh pengguna Twitter.
Rata-rata tidak menyangka sebuah kereta kancil mampu diubah suai untuk dijadikan sebagai ala 'food truck'.
"Sangat berbakatlah pakcik. Semoga laris manis jualan setiap hari.
"Kancil terus jadi kereta dua tempat duduk. Wow!," tulis sebahagian netizen.
Begitupun, di sebalik pujian kreatif yang diberikan, ramai juga yang meluahkan rasa bimbang dengan aspek keselamatan.
"Hati kering! Dengan tangki minyak bawah tempat masak tu, harapnya tak ada apa-apalah untuk jangka panjang," komen seorang pengguna.
"Dibuatnya baru lepas isi minyak ada tumpah sikit dekat tepai-tepi tangki minyak, lepas tu dia nak nyalakan api nak masak, mahu meninggal terus ni," tulis salah seorang netizen lagi.
"Harap pakcik ni dah alihkan dia punya tangki petrol. Seram tengok dia masak dekat dengan tangki," luah seorang pengguna lain.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Kredit foto: Sarawak_Aritok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

gempak
11/07/2024
10:22 MYT
Salah seorang daripada peniaga durian tular yang dikenali sebagai Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau Irfan tampil membuat permohonan maaf susulan kandungan berniaga separuh bogel yang dimuatnaik oleh pihaknya disalahertikan oleh beberapa pihak.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.
Viral

“Pitih Ni Pitih Betul Ke Dok?” – Peniaga Di Kuala Terengganu Didakwa Tolak Duit Pelanggan Gara-Gara Hal Kecil Ini!

gempak
09/06/2024
12:55 MYT
Gara-gara wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara baharu, seorang peniaga kedai didakwa menolak untuk menerima duit tersebut daripada pelanggan untuk tujuan urusan jual beli di daerah ini.
Viral

“Saya Pun Tak Tahu Tu Tong Sampah” - KKM Bakal Siasat Peniaga Rendam Sotong Dalam Bekas Yang Didakwa Dikhaskan Untuk Isi Sampah

gempak
01/06/2024
23:55 MYT
Seorang peniaga menerima kecaman daripada wargamaya gara-gara menggunakan bekas yang didakwa dijual sebagai tong sampah untuk merendam sotong yang bakal diniagakan di gerai makanannya.
Viral

Pelanggan Merungut Harga Nasi Lemak RM3, Netizen Backup Peniaga - “Nak Murah Masak Sendiri”

gempak
27/05/2024
06:55 MYT
Frasa Inggeris pernah menyatakan bahawa ‘customer is always right’. Tetapi ada kalanya telatah yang ditunjukkan oleh pelanggan kurang menyenangkan sehingga mendatangkan ketidakselesaan terhadap penjual.