,
Laman Utama

Kotakan Janji, DJ Dinar Candy Catwalk Pakai Bikini Two Piece Tepi Jalan

Maliah Surip
05/08/2021
15:14 MYT
Selebriti yang merupakan deejay Indonesia, Dinar Candy membuat kejutan dengan 'kemunculan khasnya' di sebatang jalan raya yang sibuk di ibu kota Jakarta, semalam.
Perempuan yang terkenal dengan imej seksi itu dilihat telah melakukan aksi yang tidak bermoral apabila keluar melakukan catwalk hanya memakai bikini. Dia menyarung bikini jenis two piece berwarna merah dan memakai pelitup muka serta cermin mata hitam.
Aksi itu dilakukan Dinar Candy untuk mengotakan janjinya untuk berbikini di tepi jalan apabila kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan atau dipanggil PPKM di republik tersebut dilanjutkan.
Dia malah sempat memuat naik bukti perlakuannya di akaun Instagram dengan menampilkan dirinya sedang berbikini di tepi jalan sambil memegang sepanduk dengan tulisan: 'Saya Stres Karena PPKM Diperpanjang'.
"Warning!! Jangan ditiru adegan ini!! Aku lagi stress," tulis Dinar pada ruangan kapsyen di Instagram.
Bagaimanapun, kemas kini yang dipertontonkan kepada lebih 3 juta pengikutnya telah dipadam oleh wanita berusia 28 tahun tersebut selepas menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.
Ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai sensasi murahan. Dinar yang berasal dari Bandung itu juga kini berhadapan masalah besar apabila disiasat pihak polis kerana aksi tak senonoh tersebut.
Dia yang masih belum memberi kenyataan rasmi dilaporkan telah hadir ke Polres Jakarta Selatan siang tadi untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa.
Jika didapati bersalah, Dinar boleh didakwa di bawah Akta Pornografi atau dikenali Undang-Undang No 44 Tahun 2008 Tentang Pornografi dan juga Pasal 36 UU Pornografi.
Bagaimanapun ini bukan pertama kali Dinar melakukan aksi 'gila' seumpama ini. Dia yang pernah menjual seluar dalam yang belum dibasuh kepada seorang lelaki juga pernah minta dihamilkan oleh sesiapa kerana bosan tidak mempunyai pekerjaan sepanjang pandemik COVID 19 melanda dunia tahun lalu.
Terdahulu, dia juga telah menggotakan jani dengan menunggang kuda dengan hanya berpakaian dalam selepas Belgium tumpas kepada Perancis dalam World Cup 2018.
Kredit: Kompas.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.