,
Hiburan

Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha Retno - “Saya Sangat Ragu-Ragu Apabila…”

Khairil Khusyairi
10/11/2024
15:25 MYT
Penyanyi Aisha Retno tampil memberi respons mengenai kontroversi pembatalan konsert sulungnya Malam Sutera Live In Concert yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.
Ujar Aisha terdapat beberapa perkara yang meragukan oleh pihak penganjur iaitu Kharisma Music International sekaligus mengejutkan dirinya.
Antaranya ialah dia tidak mendapat sebarang maklum balas mengenai konsert daripada pihak penganjur sejak beberapa bulan lalu.
“Saya tak tahu apa-apa tentang status konsert ini sejak beberapa bulan lepas. Kami cuba untuk follow up dengan penganjur untuk update tetapi kami tidak terima sebarang update.
“Seperti yang saya tahu hal jualan tiket dan perancangan kewangan, pengurusan pemasaran jatuh kepada penganjur tetapi apa yang terjadi mereka melemparkan semua tugas ini kepada Aisha.
“Saya rasa ia tidak patut dilakukan begitu untuk anjurkan konsert. Bila keluar kenyataan, ia seolah mereka menyalahkan saya untuk jualan tiket dan sebagainya berkenaan konsert tersebut. Saya rasa ini penindasan,” ujar Aisha.
Tambah pelantun lagu Sutera itu lagi, dia juga mengakui wujud rasa ragu-ragu apabila menerima tawaran daripada pihak penganjur untuk mengadakan konsert sulung.
“Saya sangat ragu-ragu apabila mereka confident untuk buat konsert tunggal saya, saya kata saya sangat baru dan hijau dalam industri.
“Tetapi selepas mereka confident dengan tawaran tersebut saya serta merta kata boleh teruskan dan saya look forward dengan perancangan mereka tetapi apabila berlaku begini sangat penting untuk saya buka cerita kerana saya rasa konsert ini membawa kesan yang besar untuk saya.
“Saya juga harus tarik diri daripada beberapa festival sebelum konsert, kerugian itu saya harus jalani,” dedahnya.
Terdahulu, pihak penganjur Kharisma Music International mengumumkan telah membatalkan konsert sulung Aisha Retno susulan penjualan tiket yang kurang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Hiburan

Dua Lipa Batal Konsert Di Jakarta Kerana Pentas, Netizen Komen - “Macam Panggung Dangdut”

gempak
09/11/2024
13:55 MYT
Dua Lipa membuat pengumuman mengejutkan kurang 24 jam sebelum konsert yang dijadual berlangsung hari ini di Jakarta, Indonesia, dibatalkan.
Hiburan

Pentas Tak Tepati Piawaian Keselamatan, Dua Lipa Umum Batal Konsert Di Jakarta Sehari Sebelum Berlangsung

gempak
09/11/2024
07:55 MYT
Penyanyi Dua Lipa telah mengumumkan pembatalan konsert jelajah Asia Radical Optimism yang sepatutnya berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Sabtu ini.
Hiburan

"Faktor Kekurangan Jualan Tiket..." - Penganjur Sahkan Konsert Aisha Retno Malam Sutera Dibatalkan

gempak
09/11/2024
01:55 MYT
Menerusi satu hantaran di Instagram, pihak penganjur memaklumkan punca pembatalan konsert berkenaaan adalah atas sebab kekurangan jualan tiket.
Hiburan

Aisha Retno Hargai Komen Negatif, Anggap Ia Satu Proses Pembelajaran - “Mereka Melihat Persembahan Saya Dan Berani Menegur”

gempak
08/11/2024
15:50 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, sebagai penyanyi dia menerima segala komen itu dengan hati yang terbuka dan akan cuba memperbaiki segala kesilapannya.
Unitar