,
Laman Utama

Konsert Ulangtahun Ke-30, Dewa Jelajah 30 Bandar Indonesia & Rancang Ke Kuala Lumpur – “Baladewa Dah Boleh Menabung…”

Fiza Kamarudin
14/10/2021
11:00 MYT
Dewa merancang untuk mengadakan konsert jelajah ke 30 bandar di Indonesia termasuk Kuala Lumpur dan Singapura sempena meraikan ulangtahun ke-30 penubuhan kumpulan tersebut.
Pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani berkata konsert tersebut bagaimanapun akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Yang sebenarnya kami ingin menyambung konsert dalam talian yang sudah pun dimulakan ini. Cuma kami merancang untuk mengadakan sesi kemuncaknya pada tahun 2022.
“Tahun hadapan merupakan tahun ke-30 Dewa 19 berkarya, jadi semestinya kami mahukan sesuatu yang istimewa buat para peminat, terutama Baladewa,” katanya.
Dalam pada itu Ahmad Dhani turut berharap agar jumlah kes positif Covid-19 di bandar-bandar yang akan dikunjungi Dewa 19, terkawal.
“Kami berharap agar pandemik ini segera berakhir dan sekiranya jumlah kes positif menunjukkan penurunan sehingga tahun 2022, impian Dewa 19 untuk mengadakan konsert akan menjadi kenyataan.
“Tetapi sebelum itu, kami perlu menghebahkan tentang konsert tersebut,” katanya teruja.
Tambah Ahmad Dhani lagi, Dewa 19 bakal berkolaborasi dengan pengendali konsert tempatan untuk memastikan kejayaan konsert berkenaan di setiap lokasi termasuk di Malaysia dan Singapura.
“Dari 30 kota kami umumkan, tiga bandar sudah mempuyai penganjur tempatan, Kuala Lumpur, Singapura dan Bandung.
“Bagi 27 bandar lain yang akan dijelajah adalah Lampung, Medan, Aceh, Padang, Kabupaten Bekasi, Kota Bekasi, Kabupaten Bekasi Cikarang, Cilegon, Solo, Semarang Jogja, Bali, Samarinda dan Pontianak,” katanya.
Selain itu, Ahmad Dhani sempat mengingatkan fans Dewa 19 atau Baladewa untuk mula menabung supaya dapat membeli tiket dan hadir ke konsert mereka nanti.
“Tahun 2022 hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Fans Dewa atau Baladewa menabunglah mulai sekarang ya!,” katanya.
Sementara itu, penganjur Konsert 30 Tahun Dewa di Kuala Lumpur, Iman Tang ketika dihubungi berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran penaja untuk konsert terbabit.
“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menaja konsert berskala besar ini dan yakin akan mendapat sambutan hangat daripada para peminatnya di negara ini.
“Tambahan lagi, Ahmad Dhani juga akan membawa beberapa pemuzik bersama dalam konsert jelajah berkenaan seperti Ari Lasso, Once Mekel, Virzha Muhammad dan Marcello Tahitoe atau Elo,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kemewahan ‘Santapan Jiwa’ Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia

gempak
30/09/2023
14:52 MYT
Dewa 19 memang best!
Laman Utama

Baladewa Sanggup Berhujan, Dewa 19 Balas 38 Lagu- Ini Corat Coret Konsert Hadiah 30 Tahun!

gempak
10/09/2022
09:05 MYT
Wah seronoknya Dewa 19 datang Malaysia!
Laman Utama

Terubat Rindu 9,000 Peminat Tonton Live Konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19

gempak
10/09/2022
05:00 MYT
Baladewa & baladewi puas dapat tengok konsert Anniversary 30 Years Of Dewa 19.
Laman Utama

Konsert 30 Tahun, Pintu Dibuka Seawal 5.30 Petang, Dewa 19 Bawa Lebih 30 Lagu

gempak
09/09/2022
04:25 MYT
Baladewa dah ready?