,
Laman Utama

Konsert Search: Fantasia Bulan Salju Bawa Peminat Pulang Ke Masa Silam, Beri Definisi ‘Berkelas’

Maliah Surip
14/08/2023
04:52 MYT
Untaian kata-kata indah nukilan sang pujangga S Amin Shahab pada awal konsert Fantasia Bulan Salju sebenarnya sudah cukup menggambarkan keseluruhan kembara dan sepak terajang kugiran Search dalam belantika muzik tempatan juga Nusantara.
Search dilabelkan sebagai kumpulan rock paling popular dan terfenomena di Malaysia sejak perdana kali diperkenalkan oleh meastro dan sifu Datuk M Nasir pada sekitar tahun 1980-an.
Sejak muncul dengan album perdana, karier seni Search meroket. Biar terjadi banyaknya ‘skandal’ keluar masuk — ‘gencatan senja’, damai di antara anggota-anggotanya dari Amy kepada Arwah Yazit, Nasir, Kit, Din, Hillary — siapapun yang mengisi dan bermain bersama salah seorang anggota kumpulan ini, meski ada ‘18 buah kumpulan Search pun’, mereka tetap Search.
Roh dan jiwa Search ada di dalam hidup mati mereka sama ada terus dibanding-bandingkan atau dilaga-lagakan, lebih bagus atau tidak —- suka atau tidak — mereka adalah Search.
Maka pada malam konsert Fantasia Bulan Salju yang menyaksikan Search menjadi artis lokal perdana kali melakukan konsert setelah 38 tahun Arena of Stars berdiri di Genting Highland, semua ‘sepak terajang’ lebih tiga dekad kerjaya mereka dipamerkan.
Secara peribadi Fantasia Bulan Salju yang diilhamkan daripada tembang hit mereka, Fantasia Bulan Madu adalah sebuah konsert tanpa penampilan ekstravaganza yang sengaja dicipta hanya demi membuat satu pembuktian ‘keakuan’ atau mendapatkan pujian hebat.
Namun ia menjadi spektakular kerana berjaya membuat 5,000 peminat yang datang duduk tidak meninggalkan kerusi dan yang berdiri tetap setia sehingga lebih 20 lagu dimainkan dengan repertoire yang sangat sentimental.
Konsert yang dibawakan oleh MIC Entertainment Group ini mengalir cemerlang dengan gaya tersendiri. Permainan cahaya yang tidak berlebihan, paparan skrin LED yang tidak merapu dan paling penting sistem bunyi yang dikeluarkan daripada setiap insturmen atau mesin yang terlibat, memuaskan.
Sungguh, tidak ada yang luar biasa tetapi ia menjadi momen berharga apabila setiap anggota Search yang sudah melewati usia paruh baya — dengan sang vokalis Amy yang masuk usia 65 tahun begitu juga Nasir, Man Kidal dan Hillary yang tidak lagi muda secara fizikal ‘bekerja’ di atas pentas dengan sangat profesional tanpa memaksa keras diri melakukan perkara berlebihan lalu menikmati penuh antusias yang diusahakan.
Jiwa mereka juga sentiasa muda dan memulakan konsert dengan lagu Bencana sebelum Amy mencari ruang selesa dan ekspresi seperti biasa yang liar dan tidak ditahan-tahan menerusi lagu-lagu seperti Derap Komando, Langit Dan Bumi, Gelora Cinta, Honky Tong Kosong misalnya pantas membuat atmosfera konsert ‘membahang’.
Lewat konsert ini juga Search membuktikan segudang hit yang mereka ada tidak memerlukan ia diperam sehingga ke akhir hanya demi memastikan peminat tidak kebosanan atau pulang awal.
Ia dibuktikan apabila tanpa ‘amaran’, Fantasia Bulan Madu didendangkan seawal lagu ketujuh yang diiringi dengan turunnya ‘salji’ di dalam Arena of Stars menjadi sebuah elemen ringkas tetapi menepati konsep yang diuar-uarkan sebelum ini.
Tidak tunggu lama, Search bersama pemain drum pertama mereka, Arthur Kam terus membawa peminat menziarah masa silam masuk ke terowong masa lewat tembang melankolis seperti Rozana, Laila Namamu Teratas, Nigina, Tiada Lagi, Gadisku, Kejora dan Isabella dipersembahkan tanpa memberi peminat berehat.
Ia ibarat anda mahu masuk ke dunia Search, maka anda dapatkannya dalam konsert Fantasia Bulan Salju yang pada sidang akhbar memang diberitahu akan berbaur romansa seperti temanya.
Pun demikian, apalah Search tanpa lagu-lagu rock yang telah membuat mereka mendunia.
Maka bersama pemain drum kedua mereka, si manis 17 tahun, Naimi membawa konsert ini tidak terkendali lewat ketukan-ketukan padu ‘tak beri peluang’, Search turut mempersembahkan Diary Habil Qabil, Cakap Memang Murah, Gothik Malam Edan, Paranoid, Fenomena dan Isi Atau Kulit yang sekali lagi membuat seluruh Arena of Stars dari hujung ke hujung, atas dan bawah bergemuruh.
Malah menutup konsert dengan dua hit yang sudah menjadi ‘lagu kebangsaan’ Search iaitu Pelesit Kota dan Pawana adalah keputusan terbaik kerana ia membuat peminat kecanduan untuk kembali menonton lagi konsert mereka pada masa akan datang.
Kerana Konsert Search: Fantasia Bulan Salju bukan tentang kehebatan. Bukan tentang perlawanan ego. Bukan tentang semuanya perlu extravaganza.
Tapi ia perlukan keikhlasan dalam setiap sesuatu yang dilakukan. Dan bisa terlihat dengan jelas, konsert ini menjadi saksi Search pulang menjadi mereka yang dahulu (barangkali) yang pada zaman muda naik ke pentas, having fun dan hanya mahu menjadi penghibur yang telah meninggalkan banyak momen manis dalam hati para peminat mereka.
Inilah yang menjadi definisi penghibur ‘berkelas’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar