Laman Utama
Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire KL Ditangguh!
Konsert artis tersohor Bollywood, Hrithik Roshan Stars On Fire Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember iaitu Jumaat ini terpaksa ditangguhkan.
BERITA TRENDING: Sah! Hrithik Roshan Datang Malaysia 1 Disember, Adakan Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur
Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial penganjur acara berkenaan, Yessboss Groups pada Isnin."Dukacita kami maklumkan bahawa acara yang dinanti-nantikan, "STARS ON FIRE KUALA LUMPUR" yang dijadualkan pada 1 Disember 2023, telah ditangguhkan disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan.
"Keputusan ini diambil dengan persetujuan dan pertimbangan bersama dalam kalangan penganjur iaitu Yessboss Groups, Dembi Productions, dan Heart Art Production Pvt Ltd.
"Kami bakal memaklumkan penetapan tarikh baru dengan artis-artis yang terlibat," maklum mereka.
Dalam pada itu, Yessboss Group turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan bakal mengembalikan wang pembelian tiket kepada penonton.
"Kami memahami kesulitan yang timbul dan dengan ikhlas memohon maaf atas sebarang gangguan kepada rancangan anda.
"Berikutan penangguhan acara ini, kami telah menyusun semula proses pemulangan wang dengan kerjasama agen tiket kami.
"Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai proses pemulangan wang, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan agen tiket kami di info@yessbossticket.com atau melalui telefon di +6011-2186-8055 / +6011-2146-6055," tambahnya.
PILIHAN PEMBACA: Uqasha Senrose Mohon Maaf, Padam Hantaran Hrithik Roshan Di IG! - "Saya Bukan Liberal, Bukan Tak Sensitif"
Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire Live Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada 1 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Selain Hrithik, konsert itu bakal membariskan artis hebat lain seperti Malaika Aurora, Kanika Kapoor, Sanya Malhotra, Vaani Kapoor, Prabhu Deva, Aastha Gill, Maarshi dan Bharti.
Must-Watch Video