,
Hiburan

Konsert 'Ada Afgan & Lyodra: Live In KL' September Ini, Harga Serendah RM258!

Gempak
15/07/2024
19:35 MYT
Tampil dengan single duet Ada, penyanyi popular Indonesia, Afgan dan Lyodra bakal menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka di Malaysia menerusi konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada 28 September 2024.
Bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh syarikat penganjur konsert terkemuka negara, Kharisma Music itu ditaja oleh jenama kosmetik Alha Alfa, dan penganjur bersama, Intan Gelombang serta Futurace.

BERITA TRENDING: Lyodra Hampir Pengsan Ketika Shooting Muzik Video Ada Bersama Afgan

BERITA TRENDING: Sebab Terlalu Penat Nak Mengunyah, Afgan Minum Smoothie Dada Ayam Campur Pisang

BERITA TRENDING: Oh, Ini Rupanya Sebab Kenapa Afgan Dah Tak Pakai Cermin Mata…

BERITA TRENDING: Afgan Lalui Terapi Dengan Pakar Psikiatri - "Saya Alami Mental Block, Burn Out ..."

Setakat ini, segala-galanya masih lagi teka-teki dan segala persoalan bakal terjawab dalam sebuah sidang media khas yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.
Apa yang pasti, jualan tiket akan bermula pada tarikh 10 Julai 2024 (bersamaan hari Rabu), jam 12:00 tengahari di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.
Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.
Buat pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024, harga istimewa seperti ‘early bird’ turut ditawarkan seperti kategori-kategori berikut: Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358) Escape (RM338, harga biasa RM438) Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558) Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588) Ada VIP (RM588, harga biasa RM688) Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)
Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.
Jadi dapatkan tiket-tiket anda ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.