HIBURAN
Kongsi Video Di Mahkamah Syariah, Isteri Azlan Komeng Seakan-Akan Beri Bayangan Bakal Berpisah? - “Aku Memilih Pergi Sebab…”
Perkongsian video di TikTok isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz yang berada di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Bangi pada Rabu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Beri bayangan
Menerusi perkongsian itu, Nilam yang memakai jubah dan tudung serba hitam seakan-akan memberi bayangan dia memilih untuk berpisah dan hanya mahu menjaga hatinya sendiri.
“Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati, kita akan menjadi orang asing kembali di mana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya.
“Selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama ‘KITA’,” kongsinya.
Netizen bimbang
Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat perkongsian itu selain memberi kata-kata semangat kepada Nilam agar dia terus kuat berdepan dugaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng Bakal Kahwin Lagi Satu? Netizen Minta Sedar Diri - “Siapa Yang Jaga Waktu Sakit?”
ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Beritahu Sudah Tempah Dewan Kahwin, Nur Nilam Terus Block Bakal Madu - “Mungkin Dia Fikir Abang Lan Banyak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng Mohon Netizen Tidak Campur Tangan Isu Rumah Tangga - “Tidak Perlu Mengapi-Apikan Isteri Saya Untuk…”
“Dah banyak dia berkorban dah banyak dia bersabar akhirnya Nilam menyerah juga, buat apa bertahan kalau dalam hati Komeng ada yang ketiga. Moga bersabar hidup perlu diteruskan moga kuat Nilam.
“Kenapa nak bercerai juga. Bukan ke sebelum ni Nilam cakap boleh terima bermadu. Kesiannya sungguh Nilam ni baik sangat hati dia dengan suami.
“Allah uji Nilam dalam rumah tangga tapi diganti Allah dengan bisnes yang makin maju. Bertabah dan sabar ya dik,” komen netizen.
Mohon masa
Bagaimanapun Azlan ketika dihubungi Gempak memberitahu dia memerlukan masa untuk mengeluarkan kenyataan mengenai perkongsian isterinya.
“Bagi saya masa sikit,” kata Azlan secara ringkas kepada Gempak.
Usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Nilam bagaimanapun gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.
Sebelum ini, Nur Nilam Ortiz seakan-akan memberi bayangan suaminya itu bakal berkahwin satu lagi meraih perhatian netizen.
Menerusi salah satu video, Nilam berkongsi situasi suaminya sedang bercakap dalam telefon dengan seseorang yang didakwa bakal madunya.
@puan_nilamortiz Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati,kita akan menjadi orang asing kembali di mana Hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya, selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama ‘KITA’ @FOUNDER NILAM EMPIRE ♬ Perceraian Lara - Ipank
Must-Watch Video