,
Hiburan

Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"

Firdaus
25/09/2024
09:55 MYT
Pelakon Abby Abadi meminta supaya aktor, Fattah Amin memujuk Fazura dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui pasangan selebriti itu.

Suruh Peluk Erat

Menerusi komen yang ditinggalkan di posting Instagram terbaru yang dimuat naik oleh Fattah, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan memohon agar pelakon filem Pendekar Awang tersebut supaya memeluk erat Fazura dan kembali bahagia bersama.

"Pujuklah dik...

Komen berkenaan turut disokong oleh majoriti netizen di mana rata-ratanya bersetuju dengan cadangan aktres berusia 47 tahun itu.
"Betul tu, pujuklah bincang elok-elok. Moga masih panjang jodoh tu,"
"Perempuan ni hatinya lembut, pujuk dan peluklah dengan penuh kasih sayang mudahan diberi kelembutan buat hatinya,"
"Setuju! Fattah pergi pujuk sekarang. Peluk sampai sejuk okey!"
Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

BERITA TRENDING: Pihak Pengurusan Fazura Bakal Ambil Tindakan Saman Terhadap Individu Didakwa Sebar Fitnah - “4 Hingga 5 Individu Dah Dikenal Pasti”

BERITA TRENDING: #LastPictureTaken, Fattah Amin Mohon Doa Yang Baik-Baik - "Daddy Will Always Love You Two"

BERITA TRENDING: Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…”

BERITA TRENDING: Perkongsian Fattah Sebelum Kes Cerai Undang Sebak Netizen - “Sedihnya Tengok, Fatima Ni Memang…”

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Hiburan

"Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri

gempak
21/11/2024
10:24 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.
Hiburan

Semakin Mendonia! Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Kambing Perap - “Saya Harap Dia Mampu…”

gempak
20/11/2024
06:25 MYT
Berita tersebut telah diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Hiburan

Ejen Insurans Kongsi Kisah Caruman Takaful Fattah Amin - “Ubah Penama Hibah Pada Ibu, Agih Pada Fatimah Jika...”

gempak
15/11/2024
07:25 MYT
Seorang perancang kewangan iaitu Syafique Zainuddin tampil berkongsi mengenai kisah caruman takaful pelakon Fattah Amin.
Unitar