,
Viral

Kongsi Pengalaman Bersalin, Madu Marissa Dania Sempat Bergurau Fasal Kahwin Tiga?

Asyikin Mayudin
15/02/2024
06:55 MYT
Kontroversi melibatkan anak pasangan selebriti Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim berkahwin dengan suami orang, Ahmad Aslam masih lagi hangat diperkatakan di media sosial.
BERITA TRENDING : Isteri Aslam Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa Dania? - "Semakin Ikhlas Semakin…
Terbaru, tular pula video temu bual madu kepada Marissa iaitu Misya Mazlan yang berkongsi mengenai keluarganya.
“Saya anak dua orang. Dua-dua saya beranak normal. Beranak anak nombor satu dia susah sikit. Nombor dua lagi senang. Alhamdulillah dua-dua orang saya mengandung tak ada mabuk (alahan) dan mengidam.
“Saya tak perasan pun tengah mengandung masa itu. Sebabnya memang period saya tidak menentu.
Alhamdulillah saya kan kahwin usia muda, masa itu umur saya 21 tahun.
“Jadi macam (tanya diri sendiri) boleh ke nak jadi ibu? Nak membesarkan anak. Dalam masa sama, mesti la gembira (bila tahu hamil),” katanya menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok Eaishah Liastra.
Pada perkongsian yang sama, Misya turut berkongsi pengalaman bersalin anak pertama tanpa ditemani suaminya disebabkan ketika itu negara berdepan dengan pandemik Covid-19.
BERITA TRENDING : Kakak Ipar Sahkan Marissa & Aslam Dah Nikah Di Siam, Netizen Tanya: “Ni Ke Maksud Kifarah Tu?”
“Masa anak yang pertama, masa itu Covid.. suami memang tak boleh teman. Anak kedua baru boleh teman sebab swasta (pusat perubatan),” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perancangan zuriat ketiga, Misya sempat berseloroh dengan mengatakan seakan-akan perkara itu merujuk kepada lelaki berkahwin tiga.
“Tiga yang mana? Yang nombor tiga, ehem ke (sambil tersenyum)? Ke anak nombor tiga? Masih dipertimbangkan. Kalau ada tu alhamdulillah. Apa pun masih merancang,” katanya.
Terdahulu, kakak kepada Misya iaitu Nadiah mengesahkan Aslam sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya dan keluarga Marissa.
@eaisyah_listra Harini kita saje interview Umisya sikit sementara bersiap utk shooting? #husbandwife #masalahwanita #fyp #ttc #ikhtiarhamil #ttcjourney #masalahperiod #umisyamazlan #umisya #aslam #marissa #marissadania ♬ original sound - Eaishah Listra
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

gempak
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.
Hiburan

“Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim

gempak
28/08/2024
01:55 MYT
Aktor Norman Hakim menyifatkan setiap perkara yang hadir dalam kehidupan adalah diluar kawalan seseorang.
Hiburan

Marissa Dania Tengah Berpantang, Umisya Ada Sebab Perlu Buat ‘Live TikTok’ Bersama Aslam - “Bukanlah Untuk Ambil Kesempatan Atau Apa…”

gempak
28/08/2024
01:25 MYT
Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan tampil menjelaskan tujuan dia dan suami, Ahmad Aslam membuat siaran langsung bersama di TikTok pada malam, Selasa.
Hiburan

Aslam Sahkan Bayi Sulung Bersama Marissa Dania Meninggal Dunia, Maklum Umisya Mazlan Tahu Berita Kehamilan Dari Awal - "Saya Terima Sebagai Ujian"

gempak
25/08/2024
02:00 MYT
Suami kepada Marissa Dania Hakim iaitu Ahmad Aslam tampil memberi respons mengenai berita kematian cahaya mata sulung mereka.
Hiburan

Umisya Mazlan Urus Jenazah Bayi Marissa Dania, Turut Sedih - Kakak

gempak
25/08/2024
01:23 MYT
Baru-baru ini kecoh mengenai berita anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telah kehilangan cahaya mata pertama akibat pramatang.