,
Hiburan

Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”

Asyikin Mayudin
29/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengimbau kembali trauma yang pernah menghantuinya sejak lebih 10 tahun lalu.

Insiden di Penang

Menerusi perkongsian di laman sosial, Shila memberitahu terdapat beberapa insiden yang berlaku di Pulau Pinang yang menyebabkan dirinya trauma.
Biarpun suaminya iaitu pempengaruh, Ubai MZ mengetahui ketakutan yang dihadapi, namun Shila tetap mencadangkan negeri itu sebagai lokasi percutiaan mereka.

“Trauma yang lepas. Saya imbas kembali trauma masa lalu saya. Saya menghadapi ketakutan masa lalu saya bersama suami tercinta. Mungkin ramai yang tidak tahu ini, Penang membuat saya trauma.

“Terdapat beberapa insiden di Penang yang menghantui saya dan saya tidak pernah dapat mengatasinya, selama lebih dari 10 tahun dan saya cuba untuk melepasinya lebih tiga tahun lalu dan gagal dengan teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga Mikrofon Pertama Shila Amzah Sama Seperti Beli Kereta Malaysia - “Macam Inilah, Mungkin Boleh Dapat…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dilihat Tersenyum Bahagia, Shila Amzah & Keluarga Kembali Bersatu Di Majlis Akikah Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"

“Sehingga baru-baru ini kami memutuskan untuk bercuti bersama keluarga, Ubai tahu segala-galanya dan saya mencadangkan Penang,” kongsinya.

Cipta kenangan baru

Pada perkongsian yang sama, Shila memberitahu dia memilih untuk bercuti di sana kerana ingin mencipta kenangan baru bersama keluarga kecilnya.
Malah, penyanyi lagu Patah Seribu ini juga meluahkan rasa syukur akhirnya berjaya mengatasi masalah trauma itu bersama suami tercinta.

“Dia tanya kenapa, saya cakap nak cipta kenangan baru bersama keluarga kecil kami. Akhirnya, kami berjaya melakukannya. Saya sangat bersyukur kerana saya dapat melakukan ini bersamanya.

“Saya tidak pernah rasa cukup dengan hanya berterima kasih kepadanya kerana berada dalam hidup saya,” luahnya.
Dalam pada itu, menerusi Instastory, Shila hanya memuat naik foto memperlihatkan matanya lebam bagi menjawab persoalan netizen mengenai punca trauma yang dihadapinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Viral

"Selagi Tak Tidur Setilam, Tak Duduk Sebumbung, Selagi Itulah Tak Kenal Kita" - Che Ta Pot Pet Dedah Ramai Rakan Artis Menjauh

gempak
06/11/2024
10:08 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Pulau Pinang, Che Ta Pot Pet mendedahkan ramai rakan selebriti mula menjauhkan diri darinya selepas perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak bertahun-tahun lalu ditimpa ujian.
Hiburan

Da'i Syed Tak Mahu Anak Perempuan Membesar Dalam Keadaan Trauma, Sedih - "Saya Nak Mulakan Hidup Baharu"

gempak
05/11/2024
07:25 MYT
Pendakwah selebriti Da'i Syed Iqmal bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual aksesori wanita.
Hiburan

Akui Masih Trauma, Insiden Kemalangan Banyak Mengubah Ikmal Amri - "Saya Cermin Balik Apa Yang Saya Dah Buat"

gempak
31/10/2024
12:55 MYT
Aktor yang popular dengan naskah Gantung itu berkata insiden itu banyak mengubah kehidupannya.
Hiburan

Isu Penderaan Dipandang Remeh, Shila Amzah; “Ini Bukan Tentang Jantina, Lelaki Atau Perempuan…”

gempak
31/10/2024
06:25 MYT
Penyanyi Shila Amzah menjelaskan perkongsiannya mengenai masalah trauma yang pernah dihadapinya hanya untuk memberi kesedaran kepada orang yang mengalami penderaan sebelum berkahwin.
Unitar