,
Hiburan

Kongsi Foto Ultrasound, Izreen Azminda Hamil?

Amri Hassan
04/01/2019
05:52 MYT
Pelakon Izreen Azminda berkongsi khabar gembira dan memberi bayangan dirinya kini sudah berbadan dua.
Perkara itu dikongsikan menerusi akaun Instagramnya tengah hari tadi.
"Syukur alhamdulillah," tulisnya ringkas.
Izreen turut berkongsi foto imbasan ultrabunyi dan sepasang pakaian bayi tertulis 'I Love Mom & Dad".
Bagaimanapun, Izreen masih menutup ruangan komen di Instagramnya dan kali terakhir mengemaskini akaunnya pada 22 Disember 2018.
Menerusi tinjauan Gempak sehingga pukul 2 petang tadi, suaminya, Ude Wahid belum lagi mengemaskini sebarang entri berkaitan khabar gembira itu.
Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.
Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

gempak
02/09/2024
06:55 MYT
Tidak tahan dituduh mandul oleh segelintir pihak, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari tampil memuatnaik bahan bukti.