,
Berita

Kongsi Foto Bersama Tengku Puteri Afzan, Tengku Puteri Ilisha, Tengku Puteri Iman: “Goodbye Istana Negara”

Awani
30/01/2024
08:45 MYT
Sebagaimana sedihnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meninggalkan Istana Negara, hari ini, perasaan sama turut dirasai anakanda Seri Paduka Baginda Berdua.
Dalam hantaran di akaun Instagram hari ini, puteri Yang di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan berkongsi hantaran hari terakhir keluarga diraja itu di Istana Negara.
“Last day (hari terakhir). Goodbye Istana Negara (selamat tinggal Istana Negara),” demikian catatan yang mengiringi gambar Tengku Puteri Iman bersama tiga lagi adik-beradiknya, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera.
Selama lima tahun, keluarga Al-Sultan Abdullah bersemayam di Istana Negara, Jalan Duta, di sini selepas menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Al-Sultan Abdullah, 64, yang melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 dan Tunku Azizah berangkat meninggalkan Istana Negara sekitar pukul 8 pagi tadi.
Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari 2019 menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari 2019.
Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok. AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Berita

#AgongKita: Ini Sebenarnya Maksud Keunikan Motif Gambir, Lada Hitam Hiasi Tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

gempak
20/07/2024
03:30 MYT
Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
Berita

Dua Lelaki Bawa Parang Mahu Ceroboh Istana Negara Ditahan

gempak
18/05/2024
07:20 MYT
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Berita

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17

gempak
31/01/2024
05:30 MYT
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Berita

Aksi Spontan YDPA dan Raja Permaisuri Cuit Hati Netizen - “Takda Raja Pemaisuri Yang Sporting Macam Ni Di Dunia”

gempak
30/01/2024
09:30 MYT
Tindakan YDPA dan Raja Permaisuri berjaya meraih perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gaya tangan ‘rock’ dan ‘mini love’ yang dilakukan saat keberangkatan pulang Seri Paduka berdua kembali ke Pahang.