HIBURAN
Kongsi Foto Bersama, Peminat Doakan Kebahagiaan Karel Susanteo & Anna Jobling
Pelakon dan penyanyi, Karel Susanteo mencuri perhatian peminat selepas berkongsi beberapa keping gambar sempena majlis perkahwinan abangnya, Adriel Susanteo dan pelakon Amanda Rawles baru-baru ini.
Namun begitu, bukan sekadar kehadiran Karel yang menjadi tumpuan tetapi kemunculan pelakon jelita Anna Jobling yang turut dirakam bersama mula mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram, netizen mula membuat spekulasi bahawa kedua-dua selebriti itu mungkin sedang menjalinkan hubungan istimewa.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan gembira melihat keserasian antara Karel dan Anna.
Malah, ramai juga yang mendoakan agar mereka benar-benar berjodoh dan hubungan itu berakhir di jinjang pelamin.


Must-Watch Video