,
Laman Utama

Konflik Agama, Dendam Lama & Bisikan Syaitan - Penunggang Agama 2 Bakal Menemui Penonton 19 Oktober Ini

Azwa Rahman
13/10/2021
07:20 MYT
Filem seram thriller Penunggang Agama terbitan Astro Shaw dan Skop Productions kembali dengan sekuel bermula 19 Oktober ini.
Jika dibandingkan filem pertama dengan Penunggang Agama 2, sekuel kali ini lebih terang dan bersuluh dalam menghuraikan definisi ‘penunggang agama.’
Filem sekuel ini masih mengekalkan teraju utamanya iaitu pelakon popular tanah air, Zul Ariffin sebagai Amir, bersama pelakon, penyanyi dan juga pengacara Azira Shafinaz sebagai Anna.
Turut diperkenalkan watak baru Father Michael, seorang paderi yang digerakkan oleh pelakon hebat Tony Eusoff.
Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, melihat daripada reaksi penonton, pihaknya tidak teragak-agak untuk menerbitkan sekuel Penunggang Agama.
“Memandangkan filem pertamanya masih ‘fresh’, kami cuba mengekalkan momentum terbaik ini dengan membawa terus kepada penonton walaupun filem pertama ditayangkan tujuh bulan lalu.
“Menariknya kali ini, banyak perkara dikupas dan terjawab daripada filem pertamanya. Malah menerusi karakter dan watak baru yang diperkenalkan, turut membuka mata penonton untuk menghormati dan menghargai antara satu sama lain, meskipun berbeza pendapat dan kepercayaan,” ujarnya menerusi satu kenyataan.
Bagi pengarah Penunggang Agama 2, Syafiq Yusof pula, ini merupakan filem keduanya yang ditayangkan di platform Astro First.
“Tentunya filem ini memberi cabaran baru buat saya untuk lebih memahami gaya tontonan dan cita rasa penonton sasaran.
“Bagi Penunggang Agama 2, saya cuba memberikan persembahan terbaik dan lebih mengujakan. Buat penonton yang tidak berkesempatan menyaksikan filem prekuelnya, mereka masih boleh mengikuti jalan cerita sekuelnya kerana konflik adalah berbeza serta baru,” jelasnya.
Menjalani sesi penggambaran di Cameron Highlands, filem ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Salina Saibi (Huda), Johan As’ari (Hafiz), Dato’ Rahim Razali (Datuk Fawwas), Anna Jobling (Anak Datuk Fawwas), Puteri Nurqaseh (Sarah), Burhan Sidqi (Bakhtiar) dan Sharifah Aisyarha (Anim).
Penunggang Agama 2 mengisahkan rentetan Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.
Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.
Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz.
Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael telah mencabar ego dan kredibiliti Amir.
Saksikan filem Penunggang Agama 2 yang akan berada di Astro First bermula 19 Oktober 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.
Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Filem

Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

gempak
26/06/2024
09:29 MYT
Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut!
Filem

Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

gempak
23/05/2024
08:30 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta sejarahnya apabila menembusi pasaran Indonesia dan dijadualkan tayangannya bermula hari ini, 23 Mei 2024.
Hiburan

Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

gempak
22/05/2024
08:55 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.
Filem

Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam

gempak
19/05/2024
04:30 MYT
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini sudah meraih kutipan RM60.5 juta.