,
Laman Utama

KKM Pantau Proses Tarik Balik Sos Prego Rosak

Gempak
23/12/2022
21:50 MYT
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan sedang memantau proses penarikan semula produk berjenama Prego keluaran Malaysia yang didapati rosak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20.
"Pihak syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd telah mengenal pasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.
"KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat berkenaan yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, penarikan balik produk tersebut disebabkan terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.
Dr Noor Hisham berkata, pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.
"Orang ramai disarankan mengamalkan lihat, hidu dan rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. Sehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan serta-merta,” katanya.
Orang awam digalakkan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, melayari laman web http://moh.spab.gov.my/ atau laman Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu berkenaan.
Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Berita

Aset Atau Hamba? Doktor KKM Kecewa Dipaksa Bekerja Ketika Anak Sakit - “Saya Dah Penat Dengan Sistem Ini!”

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
"Saya dah penat dengan sistem di KKM,” Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Viral

Jenama Ais Krim Popular Perkenal Perisa Campuran Bersama Ubat Batuk, KKM Arah Hentikan Penjualan Serta Merta

gempak
30/07/2024
09:55 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) yang dikeluarkan sebuah jenama ais krim dihentikan segera.
Berita

Vape Dijual Guna Vending Machine, KKM Ambil Tindakan

gempak
12/07/2024
11:55 MYT
Sebuah pusat beli-belah di ibu negara diarah menghentikan operasi penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri (vending machine).