,
Laman Utama

“KJ Dah Letak Jawatan, Tak Boleh Rakam..” - Lelaki Ini Dihalang Rekod Video Terima Suntikan Vaksin

Azwa Rahman
26/08/2021
14:42 MYT
Gara-gara merakam aksi suntikan vaksin COVID-19, seorang lelaki terpaksa menghentikan rakamannya selepas dimarahi oleh seorang petugas barisan hadapan.
Menerusi laman sosial Twitter, lelaki tersebut berkongsi video menerima suntikan vaksin di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk tatapan umum. Menerusi perkongsian berdurasi lapan saat itu, momen jururawat menyuntik jarum suntikan tersebut sempat direkod namun datang seorang rakannya yang memberitahu sebarang rakaman tidak lagi dibenarkan.
“Tak boleh rakam. KJ (Khairy Jamaluddin) dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh rakam,” kata rakan jururawat itu dan kemudian terus menutup lensa kamera telefon pintar milik lelaki tersebut dengan tangannya.
Tindakan tersebut mengundang pelbagai tanda tanya wargamaya kerana terdahulu sebarang rakaman atau foto dibenarkan sebagai bukti penerimaan vaksin.
Di samping itu, ramai juga yang mahukan penjelasan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tentang arahan dilarang merakam yang mengelirukan itu.
Nurse yang inject tu okay je chill je, yang sorang ni pulak over hahaha,” kata seorang wargamaya.
Kenapa benda macam ni pun jadi isu eh? Kenapa kena wujud procedure bodoh macam tu? Tak effect apa pun kalau dia record ke tak ke. If you buat kerja jujur tak perlu takut lah. Aduhh,” komen seorang wargamaya.
“Rakam untuk simpanan sendiri why not . Hekeleh bukan rakam akak pun. Kecoh,” ujar seorang wargamaya.
Tak faham lah. Nape ada yang taknak bagi rakam sangat eh? Kalau takut muka nampak, boleh request adjust camera tutup muka dia. Apa lah masalah tak faham,” tulis seorang wargamaya.
“@KKMPutrajaya @DGHisham any explanation? Harap kebenaran merakam masih ON la sebab ni semua boleh jadi bukti, kalau ada yang culas. Yang paling penting, moment yang indah untuk rakyat yang menjalankan tanggungjawab mereka untuk lindung diri, lindung semua,” cadang seorang wargamaya.
Apa kena mengena KJ letak jawatan dengan tak boleh rakam ni,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 200,000 tontonan daripada warga Twitter.
Pada Julai lalu, bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di PPV.
Tujuan rakaman itu bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Laman Utama

“Kalau Ini Tukang Hantar, 10 Kali Oder Pun Sanggup!” - KJ Berlakon Jadi Rider! Ramai Usik, Habislah Job Remy Ishak Kena Caras

gempak
26/10/2023
02:55 MYT
Ramai minta KJ berlakon.
Laman Utama

“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin

gempak
08/06/2023
08:47 MYT
Lovenya kalau Aedy jadi KJ.
Laman Utama

“Saya Dipecat Oleh Parti Yang Saya Sayang, Unbowed, Unbent, Unbroken” - KJ

gempak
28/01/2023
00:25 MYT
KJ dipecat daripada UMNO.
Laman Utama

PRU15: KJ Sedih Tewas Di Sungai Buloh, Mahu Berehat & ‘Comeback Stronger’ Semula!

gempak
20/11/2022
10:30 MYT
Jasa KJ sentiasa dikenang...