,
Laman Utama

#KitaTeguhBersama: Astro Sumbang 800 Pek Makanan Kepada Keluarga B40

Amri Hassan
26/08/2021
17:37 MYT
Astro Malaysia Holdings Berhad menyalurkan 800 bakul makanan kepada keluarga B40 sekitar Lembah Klang seiring sambutan Hari Kebangsaan 2021.
Menerusi tema #KitaTeguhBersama, inisiatif itu digerakkan Astro bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO), Food Aid Foundation dan MakanKongsi2.0.
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Astro, Tammy Toh berkata pihak Astro amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai NGO dan pertubuhan dalam membantu keluarga yang memerlukan bantuan.
"Sambutan Hari Kebangsaan dan Merdeka tahun ini amat istimewa kepada kami dan tema #KitaTeguhBersama bererti apabila kita bersama, kita lebih kuat dan lebih baik.
"Inisiatif ini memberi gambaran sebenar rakyat Malaysia dan secara berterusan menjadi nilai yang diperlukan untuk kita terus bersatu, memulih semula dan kembali bangkit pada waktu sukar ini," katanya.
Bantuan keseluruhan seberat 8 tan mengandungi makanan keperluan asas seperti beras, tepung dan gula itu merupakan antara sumbangan kakitangan Astro yang secara sukarela terlibat dalam program ini.
Dalam pada itu, Pengarah Operasi Food Aid Foundation, Neoh Kean Soon berkata pihaknya berbesar hati apabila Astro terlibat secara langsung dalam program penyaluran sumbangan makanan kepada komuniti yang memerlukan.
"Kami berterima kasih apabila rakyat Malaysia membuktikan bahawa mereka mengambil berat kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
"Saya juga berharap lebih banyak syarikat akan tampil membantu lantaran banyak lagi keluarga yang memerlukan bantuan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi MakanKongsi2.0, Law Gin Kye berkata setiap hari lebih seribu individu menerima manfaat bantuan makanan menerusi jaringan bantuan makanan kebangsaan ini.
"Menerusi pek perlindungan dan makanan Astro ini, ia membantu kami untuk membantu lebih ramai individu yang memerlukan," katanya.
Astro telah melaksanakan beberapa inisiatif di bawah #KitaTeguhBersama iaitu: - Menyokong kempen derma darah oleh Pusat Darah Negara - Menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menerusi pesanan khidmat masyarakat, sukarelawan di PPV dan menyediakan televisyen dan perkhidmatan Astro di pusat kuarantin seluruh negara - Membantu individu yang memerlukan bantuan menerusi program komuniti KamiCare - Membantu PKS menerusi kempen KamiCare MBiz - Menyumbang keperluan perubatan ke hospital dan komputer riba kepada pelajar dalam kategori B40 - Berterusan menyajikan maklumat serta hiburan kepada rakyat Malaysia menerusi saluran percuma sewaktu PKP, drama tanpa henti, program baharu dan siri original premium - Menambah kandungan pendidikan untuk membolehkan kanak-kanak belajar dari rumah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

gempak
12/09/2024
09:25 MYT
Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.