,
Laman Utama

“Kita Perempuan Kena Berani...” - Ernie Zakri Mengaku Luahkan Perasaan Dulu Pada Syamel

Azwa Rahman
09/09/2020
11:16 MYT
Penyanyi Ernie Zakri mendedahkan dia yang mengambil langkah pertama meluahkan perasaan suka kepada tunangnya, Syamel.
Menerusi laman Instagram, pasangan yang menjadi tetamu bagi program MeleTOP telah mendedahkan perkara itu kepada umum.
“Sebenarnya Ernie yang confess suka kat dia. Kita perempuan kena berani. Saya rasa kalau saya tak ambil langkah pertama tu, takdenya.
“Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya,” jelas Ernie menerusi sedutan video MeleTOP di YouTube.
Dalam temu bual yang dihoskan oleh Nabil dan Kak Lina Pom Pom itu, Ernie sendiri mengaku dia merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji keberanian Ernie memikat ‘crush’nya.
Malah, ramai juga yang mendoakan urusan pasangan ini untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.
“Suka tengok gelagat Ernie. Untuk Syamel memperisterikan Ernie, sebab wajah dia sempoi sangat, suara sedap, semoga pertunangan mereka sampai ke alam perkahwinan,” ujar seorang wargamaya.
“Dapat pasangan yang boleh terima gurauan dan masuk air memang buat rasa happy je,” luah seorang wargamaya.
“Lawak la, keras perut aku pagi ni. Semoga jodoh korang berpanjangan selamanya,” doa seorang wargamaya.
“Duo couple yang menjadi diri sendiri. Relaks dan steady je. Semoga hubungan berkekalan ke akhir hayat,” puji seorang wargamaya lagi.
Pada 15 Ogos lalu, Syamel, 27, dan Ernie, 28, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis ringkas di kediaman Ernie.
Pada majlis itu, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

gempak
23/08/2024
00:55 MYT
Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.
Hiburan

Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”

gempak
21/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Syamel tampil menjawab dakwaan yang bertebaran di media sosial mengenai isterinya, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.