,
Laman Utama

“Kita Jangan ‘Expect’ Selebriti Agama, Nasyid Seperti Malaikat” - Hazamin Inteam

Asyikin Mayudin
18/09/2023
08:50 MYT
Ahli kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun berharap semua pihak agar tidak pukul rata apabila terdapat kes melibatkan pendakwah dan selebriti nasyid.
Menganggap golongan itu juga insan biasa, Hazamin berkata semua orang pernah membuat kesilapan termasuklah selebriti agama atau nasyid.
“Pada saya sebenarnya, selebriti ke pendakwah ke ustaz ke guru ke kita semua ini adalah manusia biasa yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan.
“Kadang-kadang kita diuji dengan kesalahan tertentu dan kita diberikan peluang oleh Allah untuk bertaubat. Jadi bagi saya, kita jangan ‘expect’ contohnya selebriti agama, artis nasyid ke mereka seperti maksum atau malaikat.
“Kami semua pun ada buat dosa dan kesilapan cuma Allah tutup aib dan beri peluang untuk kita bertaubat,” katanya.
Tegasnya, golongan agamawan atau mereka yang bergerak di jalan Ilahi paling mudah menerima kecaman terutama pada zaman digital ini.
Tuturnya, setiap golongan manusia pasti melakukan kesilapan, tidak semestinya mereka berniat mempergunakan agama ke jalan yang salah.
“Bagi saya, mari kita muhasabah diri masing-masing. Seperti saya katakan, kita semua ada melakukan kesilapan namun Allah menutup aib kita.
“Jadi, kalau anda adalah selebriti agama, atau orang agama, kita perlu jaga tanggungjawab dan amanah itu supaya kita tidak menjadikan imej buruk kepada agama,” katanya.
BACA SINI: "Kami Sampai..." - Isteri Akui Rumah Tangga Pernah Goyah Berikutan Kontroversi Rogol Da'i Syed
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

gempak
23/03/2024
04:55 MYT
Kumpulan nasyid Inteam, berkongsi cerita tentang persahabatan mereka bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada 15 November lalu. Menurut Inteam, mereka bersyukur apabila pemergian Suhaimi dipenuhi dengan banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup. “Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit
Hiburan

Dipilih Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024, Khai Bahar; "Lagu Ini Sangat Disukai Arwah Ibu Saya"

gempak
09/03/2024
12:13 MYT
Selepas 23 tahun, lagu Rabiatul Adawiyah dirakamkan semula Inteam bersama Khai Bahar.
Hiburan

Harum Setangkai Doa Dedikasi Inteam buat Allahyarham Suhaimi Saad

gempak
10/01/2024
13:00 MYT
Berita pemergian Allahyarham Suhaimi Saad bekas anggota Inteam, pada November tahun lalu sudah pasti telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.
Laman Utama

Menang Tiket Ke Konsert Lima Rukun Di ZAYAN, Ini Cara-Caranya!

gempak
08/09/2023
05:49 MYT
Peraduan dibuka dari sekarang hingga 12 September di laman rasmi Zayan.
Laman Utama

Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica & Daqmie Bakal Jayakan Konsert 5 Rukun 15 September Depan!

gempak
21/07/2023
12:52 MYT
Tak sabarnya!