,
Berita

Kisah Wanita Perancis 53 Tahun Menetap Di Terengganu Cetus Inspirasi - "Saya Belajar Bahasa Melayu, Kahwini Anak Imam & Kini Genggam PhD Pada Usia 80 Tahun"

Gempak
21/10/2024
05:55 MYT
Di usia 80 tahun, wanita kelahiran Paris, Perancis ini berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Christine Longuet atau nama Islamnya, Rohani Abdullah dari Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu, berkata, dia mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan tesis dan usahanya itu membuahkan hasil apabila hari ini dia dianugerahkan segulung ijazah PhD.
Katanya, kekangan waktu untuk menyiapkan kertas kajian mengakibatkan begitu banyak masa diambil namun dia bersyukur kerana akhirnya dia berjaya menerima ijazah PhD.
"Ketika di sana (Paris) saya sudah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Sorbonne, Paris, dalam jurusan sejarah sebelum berhijrah ke Terengganu.

"Ketika di Malaysia, saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

"Manakala di UMT, saya melanjutkan pengajian dalam jurusan etnobotani," katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Ke-22 UMT di Dewan Sultan Mizan, Kuala Terengganu, Terangganu.
Menurutnya, dia bersyukur walaupun mengambil masa lama untuk menyiapkan kertas kajiannya itu namun akhirnya dia berjaya menyiapkan tesis bertajuk 'Places, Plants and People In The State Of Terengganu Malaysia: An Assessment From Two Eras'.
Katanya, dia turut mengarang buku iaitu Puisi Duyung Pulau Rakyat, koleksi puisi tempatan dan Amanah: Journey An Architect iaitu buku mengenai hasil arkitek tempatan, Nik Mohamed Mahmood.
Katanya, Kampung Pulau Duyung, tempat dia menetap satu ketika dulu amat terkenal dalam dunia pembuatan bot dan kapal layar hingga ramai individu dari benua Eropah yang datang untuk menempah kapal layar yang dibuat oleh tukang tempatan berkemahiran tinggi.

BERITA TRENDING: "Peluang Dia 50-50" - Isteri Kongsi Keadaan Azlan Komeng, Berkemungkinan Lumpuh

BERITA TRENDING: Terkilan Syarat Tidak Diikuti, Stacy Dedah Punca Tarik Diri Daripada Konsert Sumandak Stars - “Saya Fikir Ada Kesilapan Teknikal Tetapi….”

BERITA TRENDING: Comel, Prabowo Bawa Kucing Kesayangan Bobby Tinggal Di Istana Negara

BERITA TRENDING: Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri? Fazley Serah Kepada Tuhan - "Saya Masih Cakap I Love You, Adik"

Rohani berkata, dia sudah menetap di Terengganu selama 53 tahun membuatkan dirinya sudah sebati dengan persekitaran serta kehidupan masyarakat setempat.
"Ketika mula-mula datang ke kampung itu saya belajar bertutur bahasa Melayu dengan tukang yang membuatkan bot dan perahu layar di tebing Sungai Terengganu.

"Saya mengambil masa hampir lima tahun untuk menguasai bahasa Melayu dan pada 1977 ketika berusia 34 tahun saya berkahwin dengan anak seorang imam di Kampung Pulau Duyung.

"Budaya masyarakat Melayu amat menarik dengan kehalusan bahasa, seni bina, kehidupan bermasyarakat yang utuh membuatkan saya tertarik untuk terus menerap di negeri ini," katanya antara 89 pelajar yang menerima ijazah PhD.
Dia berkata, keluarganya satu masa dulu pernah memiliki kapal layar bernama Ganti Rampai dan pernah membuat pelayaran dengan membawa anak-anaknya di Laut China Selatan.
Menurutnya, kapal layar milik arwah suami masih ada dan kini ditempatkan di bengkel bagi kerja baik pulih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik

gempak
17/11/2024
16:55 MYT
Pelakon Amanda Manopo mengaku tidak berminat atau tertarik untuk melakukan pembedahan plastik atas beberapa faktor.
Unitar