Hiburan
Kisah Kejayaan Dijadikan Soalan Dalam Peperiksaan STPM, Vivy Yusof Terharu
Usahawan dan pengasas perniagaan Fashion Valet, Datin Vivy Yusof berasa terharu apabila kejayaannya dalam dunia perniagaan dijadikan soalan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mata pelajaran Pengajian Am.
Vivy berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"When you are a case study in a national exam, you need to sit down for a while and wonder if you are dreaming.
"Bet you wish you watched Love, Vivy and browsed FV website the day before.
"Dear examiner, I think everyone should get an A+," tulisnya sebagai kapsyen.
Vivy baru sahaja melahirkan anak bongsunya yang dinamakan Sarah Ilham Shah pada 10 Oktober lalu.
Vivy dan Fadza telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.
Must-Watch Video