,
Viral

King Coco Akhirnya Tunjuk Wajah Suami, Sudah Setahun Lebih Berkahwin? - "Insya-Allah Ini Perkahwinan Terakhir"

Amri Hassan
28/05/2024
07:55 MYT
Pempengaruh media sosial, King Coco akhirnya mendedahkan status terkininya yang kembali bergelar isteri.
Selain memperkenalkan gerangan suaminya, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail mendedahkan lelaki terbabit juga pernah berumah tangga sebelum ini.
"Suamiku sayang, dah hampir setahun lebih kita bersama. Banyak yang kita belum tempuh, tapi yang kita tempuh banyak juga pasang surutnya.
"Kita berdua pernah mengalami alam perkahwinan, yang lepas ada manis ada pahit.
"Terima kasih kerana masih sedarkan saya, i always deserved better. Ada seorang lelaki yang tahu menjaga saya, tahu akan tanggungjawab walaupun tanggungjawab terhadap Mateen dan Haqeem," tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.

BERITA TRENDING: “Kalau Ada Boyfriend Pun, I Tak Akan Tunjuk..” - King Coco Enggan Tayang Kehidupan Peribadi

"Nak sampai mati dengan awak"

King Coco berharap perkahwinan kali ini merupakan yang terakhir selepas kegagalan rumah tangga yang dibina sebelum ini.

"I love you, insyallah ini adalah perkahwinan saya yang terakhir. Jika diizin olehnya, saya nak sampai mati dengan awak.

"To more great year with you. I promise ill be loyal and take care of you," tambahnya bersama tanda pagar #gambarkahwinnantipost #yangpentinghalal.
Untuk rekod, sekitar 2021, King Coco mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor yang dikahwininya pada 1 Januari 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.
Selain terkenal dengan gaya percakapan ala mat salih, King Coco mencetuskan kontroversi apabila dia dituduh sebagai perampas suami orang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.