,
Hiburan

Kim Byung Man Kemalangan Ketika Sesi Latihan Terjunan Udara, Alami Kecederaan Tulang Belakang

Mya Amri
04/08/2017
11:17 MYT
Pengacara program survival popular Law of The Jungle Kim Byung Man dilaporkan mengalami kecederaan tulang belakang ketika menjalani latihan terjunan udara baru-baru ini.
Difahamkan kemalangan itu berlaku ketika Byung Man sedang melakukan sesi pendaratan.
Disebabkan kecederaan itu, Byung Man juga terpaksa menerima rawatan dan menjalani pembedahan di sebuah hospital di Amerika Syarikat.
Menurut agensinya, SM C&C, pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan Byung Man kini sedang menjalani proses penyembuhan.
Dalam pada itu, Byung Man menerusi akaun Instagramnya menyatakan rasa syukur kerana terselamat daripada kemalangan itu dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kesihatannya.
“Dengan hati yang ikhlas saya ingin berterima kasih kepada peminat yang bimbang dengan keadaan saya dan mendoakan kesembuhan saya.
“Saya berjanji akan kembali semula dengan sihat selepas selesai tempoh berehat dan menjalani latihan fisioterapi,” tulisnya.
Sementara itu, pelbagai spekulasi timbul sejak berita kemalangan Byung Man didedahkan.
Antaranya terdapat khabar angin yang mengatakan Byung Man tidak akan kembali mengacara program Law of The Jungle untuk musim terbaru.
Bagaimanapun, perkara itu masih belum disahkan oleh pihak produksi Law of The Jungle.
“Perkara masih belum dibincangkan secara rasmi sama ada Byung Man bakal kembali atau pun tidak.
“Buat masa sekarang, Byung Man sudah kembali ke Korea untuk meneruskan rawatan dan juga perbincangan mengenai perkara ini.
“Keputusan rasmi mungkin akan diketahui beberapa minggu dari sekarang. Kami mementingkan pendapat Byung Man dan juga doktor yang merawatnya.
“Kami sedang bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku jika dia tidak dapat menyertai program ini kembali,” katanya seperti yang dilapor Allkpop.
Law of The Jungle bersiaran sejak Oktober 2011 dan Kim Byung Man merupakan anggota tetap program tersebut.
Namun disebabkan kecederaan yang dialaminya ini, Byung Man berkemungkinan tidak dapat menyertai Law of The Jungle untuk musim terbaru.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.