,
Hiburan

Khunsa: Sherry Ketuk Kepala Azhan Rani Pakai Senduk Kayu, Suami Jadi Bodoh Kena Sihir!

Amri Hassan
25/03/2024
04:25 MYT
Babak Sherry Alhadad ketuk kepala Azhan Rani dan tonyoh nasi dalam mulut pelakon lelaki itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

BERITA TRENDING: Kening Halus Sherry Alhadad Trademark Khunsa! - "Cerita Ini Bermain Dengan Zaman"

Babak lakonan Sherry dan Azhan itu merupakan antara petikan menarik dalam sambungan episod kesembilan drama rantaian popular Khunsa yang sedang ditayangkan ketika ini.
Dalam episod itu juga, pengarah, Shahrulezad Mohameddin memberikan bayangan bahana yang menimpa suami yang 'diikat' isteri dengan menggunakan sihir (nasi kangkang).
Hakikatnya, jika penonton mengikuti perjalanan Zaiton (lakonan Sherry Alhadad), wanita berkenaan merupakan isteri yang berdendam kerana terlalu terluka dengan suaminya, Jusoh (lakonan Azhan Rani) yang selalu dibanding-bandingkan dengan arwah isteri, Munah (lakonan Nadia Aqilah).

BERITA TRENDING: Khunsa Dapat Sokongan JAKIM, Shahrulezad; "Ini Bukan Isu Transgender, Bukan Isu LGBT!"

Perkongsian teaser episod minggu baharu Khunsa itu mencetuskan rasa teruja peminat drama terbabit yang tidak sabar menantikan nasib yang menimpa Zaiton.
"Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Cerita ini mencengkam jiwaku," tulis Raja Azmi.
"Mesti part ni paling best, Che Ton langgar pantang," tambah seorang warganet menerusi komen di akaun Instagram Azhan Rani.
"Ya Allah geramnya tengok Che Ton tu, cepat-cepatlah Wan Jusoh tahu dia dah kena nasi kangkang. Biar Che Ton tahu langit tinggi rendah!" tambah pengguna lain.
"Sherry lepas geram ketuk kepala, auto dia teringat yang dia sebenarnya Ustaz Madi," komen pengguna lain lagi.

Sinopsis Khunsa

Khunsa mengisahkan kehidupan Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki.
Namun, Che Khun membesar dan cemderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah dan sering memarahinya.
Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk.
Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menetukan jantinanya secara membabi buta.
Khunsa dilakonkan oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Farah Ahmad, Nadia Aqilah dan ramai lagi.
Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu mula ditayangkan pada 11 Mac 2024 setiap hari Isnin hingg Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

gempak
12/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Harris Anuar memaklumkan ibunya yang juga usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton masih dalam menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Struggle, Tak Rasa Kaki Belajar Sukan Lawan Pedang

gempak
05/09/2024
12:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.