,
Hiburan

Khunsa Dapat Sokongan JAKIM, Shahrulezad; "Ini Bukan Isu Transgender, Bukan Isu LGBT!"

Amri Hassan
05/03/2024
13:54 MYT
Pengarah drama Khunsa, Shahrulezad Mohameddin terharu menerima sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta beberapa agensi lain antaranya WAFIQ, USIM dan doktor pakar PPUKM.
Jelas Shahrulezad, sudah sampai masanya masyarakat didedahkan dengan isu khunsa.
"Saya terharu dengan sokongan pihak JAKIM. JAKIM sangat welcome projek ini. Mereka suka tajuk ini sebab melalui tajuk sendiri telah menceritakan semua.
"Sudah sampai masa, media ataupun apa yang saya kaji, ini kali pertama kita sentuh isu khunsa dalam sejarah sinema drama melayu.
"Dan JAKIM rasa right time untuk cover issue ini ke depan. Ini bukan isu transgender.
"Isu Khunsa tiada orang yang sanggup ke depan, sangat misterius & tabu. Jadi quite impress dan gembira bila JAKIM sangat membantu. Pakar psychiatry dan pakar kromosom, menyokong sama dan mereka masih mengkaji," ujarnya.
Pun begitu, tambah Shahrulezad, isu terbabit masih disalahertikan oleh segelintir masyarakat termasuk golongan profesional.
"Tapi masalah masyarakat luar even ada segelintir doktor tapi bukan doktor pakar, mereka anggap ini isu LGBT. This is wrong. Tapi khunsa bukan isu LGBT.
"Ini yang kena fight dengan stigma itu. Bila kita buat cerita khunsa, ada yang kata, kita nak menormalisasikan LGBT. Ini salah. Bukan!
"Tiada kena mengena LGBT lagipun barat yang cipta label LGBT. Kenapa nak tiru? Habis tu golongan khunsa dinafikan hak mereka? Dalam Islam ada golongan itu," ujarnya.
Sinopsis Khunsa
Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki.
Namun, Che Khun membesar dan cemderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah.
Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk. Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menentukan jantinanya secara membabi buta.
Khunsa dilakonkan oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Aedy Ashraf akan mula bersiaran pada 11 Mac 2024 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 9 malam di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar