,
Hiburan

Khodi & Razqa Tampil Dengan Single Terbaru Berjudul Ke Mana

Asraf Aided
19/11/2019
07:55 MYT
Khodi mungkin masih nama asing dalam industri muzik tempatan, namun semangatnya membara untuk membina nama dan tampil menerusi lagu terbaru hasil kolaborasi bersama Razqa berjudul Ke Mana.
Lagu Ke Mana ini ditulis sendiri oleh Razqa yang merupakan penyanyi kembar Amzar dan Amsyar, manakala ia diterbitkan oleh Raja Mohd Sham.
Lagu ini mempertaruhkan kekuatan dari segi ritma tiga suara berbeza yang menghasilkan melodi sedap didengar.
Khodi dan Amzar menyanyikan bahagian setiap rangkap termasuk korus, manakala Amsyar melengkapkan bahagian rap.
Mesej yang terkandung dalam lirik lagu ini begitu dekat dengan pendengar, alunan melodinya juga menghasilkan aura positif yang akan melekat di halwa telinga.
Selain bakat versatil, vokal yang dimiliki Khodi sangat unik dengan suara serak basah pasti menarik perhatian ramai.
Bakat muda ini banyak mengambil inspirasi dan dipengaruhi penyanyi daripada era kegemilangan vokalis hebat termasuklah Etta James, Billie Holiday, Erykah Badu, dan Ray Charles. Tidak ketinggalan, dia turut menyanjung penyanyi tempatan seperti Datuk Shiela Majid dan Dayang Nurfaizah.
Bernaung di bawah label Sony Music Malaysia, lagu Ke Mana ini boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, KKBox.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Persefahaman Kian Tandus! Percintaan Tak Dapat Diteruskan...Ini Yang Diceritakan Oleh Khodi & B-Heart!

gempak
17/12/2021
04:07 MYT
Naik turun percintaan...
Laman Utama

Sendu Lagi Ke Khodi? Ini Komen Tuan Punya Diri...

gempak
07/06/2021
07:40 MYT
Penyanyi yang sedang mencipta nama, Khodi, 20, akui namanya masih belum mendapat perhatian dalam industri hiburan tempatan meskipun telah melancarkan beberapa single sebelum ini.
Laman Utama

Khodi Semakin Berani, Tampil Dengan Benzooloo Dalam Emosi!

gempak
27/05/2021
01:15 MYT
Dua nama ini, Benzooloo dan Khodi datang daripada genre serta latar belakang berbeza.
Laman Utama

Semakin Mendapat Perhatian, Khodi Cabar Diri Pula!

gempak
17/04/2021
07:50 MYT
Semakin meraih perhatian peminat tempatan, kerancakan karier muzik penyanyi, Khodi nampaknya semakin terserlah.
Laman Utama

Khodi Teringin Kerjasama Dengan Sheila Majid - "Saya Sangat Kagumi Bakatnya..."

gempak
24/03/2021
07:35 MYT
Penyanyi yang sedang mencipta nama, Khodi melihat kolaborasi bersama artis lain mampu menambah pengalaman untuk dirinya.