,
Hiburan

Khodi, Aisha Retno & Sandra Dianne, Gabungan Mantap Showcase 3 Souls

Mya Amri
27/02/2020
14:03 MYT
Tiga gadis bersuara lunak, Khodi, Aisha Retno dan Sandra Dianne telah memeriahkan showcase 3 Souls anjura Sony Music Entertainment yang berlangsung pada Rabu.
Walaupun mempunyai personaliti berbeza, ternyata persembahan Khodi, Aisha dan Sandra tidak mengecewakan tetamu yang hadir.
Showcase yang berlangsung di Loud Speaker Family Karaoke, Puchong itu bertujuan untuk memperkenalkan Khodi, Aisha dan Sandra yang bernaung dibawah Sony Music ini secara rasmi kepada umum selain mempersembahkan bakat mereka.
Khodi, 18, yang meminati genre lagu jazz dan R&B ini telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Kisah Kita nyanyian asal Hafiz Suip dan lagu terbarunya berjudul Ke Mana feat Razqa.
Manakala Aisha pula mempersembahkan lagu Sumpah nyanyi asal Naim Daniel dan lagu single sulungnya berjudul Mengikat Jiwa. Mempunyai kelebihan vokal yang padu, nyanyian Aisha agak unik kerana nuansanya kedengaran begitu universal.
Malah lagunya juga telah dicipta oleh Aldi Nadam dan dirakam di Indonesia.
Dalam pada itu, Sandra membuat kemunculan semula dengan penjenamaan nama baru iaitu Sandra Dianne.
Sandra telah menyampaikan lagu Drama nyanyian asal Drama Band dan single terbarunya berjudul Tulus hasil ciptaannya sendiri dengan kerjasama Apex CZ.
Sandra sebelum ini pernah popular menerusi lagu Hey Kau.
Kesemua lagu tiga penyanyi muda berbakat besar ini boleh dimuat turun diniTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music dan KKBox.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Persefahaman Kian Tandus! Percintaan Tak Dapat Diteruskan...Ini Yang Diceritakan Oleh Khodi & B-Heart!

gempak
17/12/2021
04:07 MYT
Naik turun percintaan...
Laman Utama

Sendu Lagi Ke Khodi? Ini Komen Tuan Punya Diri...

gempak
07/06/2021
07:40 MYT
Penyanyi yang sedang mencipta nama, Khodi, 20, akui namanya masih belum mendapat perhatian dalam industri hiburan tempatan meskipun telah melancarkan beberapa single sebelum ini.
Laman Utama

Khodi Semakin Berani, Tampil Dengan Benzooloo Dalam Emosi!

gempak
27/05/2021
01:15 MYT
Dua nama ini, Benzooloo dan Khodi datang daripada genre serta latar belakang berbeza.
Laman Utama

Semakin Mendapat Perhatian, Khodi Cabar Diri Pula!

gempak
17/04/2021
07:50 MYT
Semakin meraih perhatian peminat tempatan, kerancakan karier muzik penyanyi, Khodi nampaknya semakin terserlah.
Laman Utama

Khodi Teringin Kerjasama Dengan Sheila Majid - "Saya Sangat Kagumi Bakatnya..."

gempak
24/03/2021
07:35 MYT
Penyanyi yang sedang mencipta nama, Khodi melihat kolaborasi bersama artis lain mampu menambah pengalaman untuk dirinya.