,
Laman Utama

Khairul Aming Kongsi Kebaikan Pali, Anjing Hutan Yang Bijak, Netizen Terharu - “Sebab Tu Kena Buat Baik Dengan Haiwan”

Azwa Rahman
13/10/2021
11:40 MYT
Personaliti media sosial Khairul Aming mencuri perhatian ramai apabila berkongsi aksi seekor anjing yang menemaninya mengembara ke dalam sebuah hutan di Hulu Langat.
Menerusi laman sosial Twitter, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman memuat naik video anjing yang dikenali sebagai Pali itu untuk tatapan umum.
“Tadi kitaorang pergi hiking dalam hutan dan terjumpa Pali. Tapi Pali ni bukan manusia la. tapi dia baik sangat,” tulis Khairul. Istimewanya lagi, video berdurasi satu minit itu menunjukkan Pali menemani perjalanan mereka berkumpulan dan akan memeriksa laluan jika terhadap sebarang bahaya.
Sebagai upah, Khairul memberi Pali makanan seperti sandwich dan nasi lemak.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya tersentuh melihat aksi Pali yang bijak dan setia menemani kaki hiking.
Tidak kurang juga, ada yang berkongsi video dan foto mereka menemui anjing yang sama di dalam hutan tersebut.
Malah, disebabkan video Khairul itu juga, nama Pali menjadi sebutan sehingga tersenarai di dalam top 10 trending di Malaysia.
Sebab tu mama selalu pesan selalu buat baik dengan binatang tak kisah yang halal atau haram. Sebab mama cakap binatang yang selalu datang dekat seseorang petanda Allah nak berikan rezeki. Btw comel Pali,” komen seorang wargamaya.
Baiknya Pali. Mesti rasa sedih bila nak tinggalkan dia,” kata seorang wargamaya.
They’re called man’s best friend for a reason. Baik betul dia,” sokong seorang wargamaya.
Always bring some doggo snacks. They are usually fed by previous hikers tu yang ngekor tu imagine tak bagi apa apa. sian depa,” pesan seorang wargamaya.
Dia nak bgtau, dia dah lama try order sambal tapi tak pernah dapat order. Dia jalan jauh kedepan nak ajak gi rumah dia nak tunjuk laptop dia yang dia dah add to cart tapi out of stock,” usik seorang wargamaya.
Anjing kat tempat tu memang baik!!!! Hari tu pun baru pegi sini and memang anjing tu teman, dia juga la yang tunjuk jalan keluar,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1 juta tontonan dan 57,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Viral

Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Hasilkan Video Masak Di NZ - “Kalau Pergi Sendiri & Untuk Melancong Tidaklah Semahal Itu”

gempak
04/09/2024
03:25 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan untuk tiga orang sepanjang menhasilkan video masakan di New Zealand.
Hiburan

Khairul Aming Jumpa PM New Zealand, Peminat Tumpang Bangga! - “Ini Baru Betul-Betul Influencer”

gempak
03/09/2024
07:22 MYT
Pempengaruh, Khairul Aming sendiri tidak percaya bahawa Luxon mahu berjumpa denganya yang kini berada di tanah air sempena rangka lawatan rasmi.
Viral

Wajah & Suara Disalah Guna, Khairul Aming Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer - “Berhati-Hati Sebab Fitnah Makin Berleluasa”

gempak
15/08/2024
04:55 MYT
Pencipta kandungan, Khairul Aming meluahkan rasa kebimbangan apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjualnya barangan kepada golongan berusia.