Hiburan
Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Bawa Staf Bercuti Hampir RM1 Juta, Netizen: - “Nak Jadi Staff Juga..”
Usahawan dan pempengaruh Khairul Aming berjaya mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan kos perbelanjaan percutian stafnya dan kos kerugian yang ditanggung apabila kilang ditutup.
Ada dua kos
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Khairul menerusi sesi siaran langsung di TikToknya.
“Ada dua kos. Kos yang pertama adalah kos untuk bawa staf bercuti seperti makan, hotel, perjalanan, aktiviti dan duit poket.
“Manakala kos yang kedua adalah kos kita tutup kilang..saya tutup lima hari.
BERITA TRENDING: Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Chef Wan Tidak Terkesan - “Semua Orang Tahu Penglibatan Saya”
BERITA TRENDING: “Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik…” - Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang, Syukur Tiada Yang Mahu Berhent
BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel
BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak
@khairulamingfans_ ?️: ‘Berapa banyak spend bawak staff pergi bercuti?” @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #khairulamingtravel ♬ original sound - Fans KhairulAming
Malah lebih menarik perhatian, apabila pempengaruh berusia 32 tahun itu mendedahkan secara terperinci jumlah keseluruhan kos yang hampir mencecah sejuta ringgit.
“Kalau campurkan kedua-dua kos itu ianya hampir sejuta ringgit.
“Tetapi kita bukanlah menggunakan wang sehingga sejuta ringgit untuk bercuti. Production lost boleh cecah RM700,000 ke RM750,000.
“Untuk percutian staf dalam RM200,000 ke RM300,00,” ujarnya.
Meskipun jumlah kos adalah sangat banyak, namun usahawan berasal dari Kelantan itu tidak kisah berhabis demi kebajikan pekerjanya.
Malah, dia memaklumkan akan mempraktikkan budaya tersebut untuk masa akan datang.
“Tetapi saya tak kisah, itu adalah kos yang memang saya dah peruntukan setiap tahun untuk meraikan staff.
“InsyaAllah kami akan kekalkan budaya seperti itu dan memastikan ada masa untuk bawa staf pergi bercuti walaupun tutup kilang,” tambahnya lagi.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap yang dimiliki Khairul Aming sebagai seorang majikan kerana tidak memikirkan tentang keuntungan semata-mata.
“Payah kilang nak tutup operasi, dia relaks je tutup. Meraikan orang bawahan, insyaAllah rezeki pun murah.
“Khairul Aming ni kalau berjaya memang layak sangat-sangat. Semoga kaya unlimited sebab dia tak berkira dengan staff dia tolong nak jadi staff Khairul aming juga.
“Dia yakin Allah beri rezeki, jadi dia gembirakan staf walaupun ramai bos kata dia melawan hukum,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Khairul Aming memaklumkan kilangnya akan berhenti beroperasi seketika untuk dia membawa 100 orang staf bercuti ke Pulau Pinang.
Must-Watch Video