Hiburan
Khai Bahar Wakili Malaysia Ke Abu Music Festival Di Istanbul - "Alhamdulillah, Tak Terfikir Sampai Tahap Ni"
Penyanyi, Khai Bahar meluahkan rasa terharunya dapat mewakili Malaysia di Abu Music Festival yang berlangsung di Istanbul, Turkiye.
Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, penyanyi yang terkenal dengan lagu Luluh itu mengucapkan terima kasih kepada peminat dan juga pasukan yang sentiasa menyokong kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
“Alhamdulillah, tak terfikir sampai ke tahap ini untuk membuat persembahan di Istanbul sebagai wakil Malaysia, bayang bergema di Istanbul.
“Jutaan terima kasih kepada RTM dan seluruh team RTM kerana menyokong saya sampai ke tahap ini, terima kasih juga kepada ABU Music Festival dan istimewa buat semua kesayangan saya Khai Bahar Empire (nama kelab peminat) dan yang lain, sayang anda semua,” kongsinya menerusi kapsyen di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan para selebriti turut mengucapkan tahniah kepada Khai Bahar kerana mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Antara komen yang ditinggalkan:
Sekadar info, Khai Bahar telah melakukan persembahannya di Abu TV Song Music Festival yang ke 13 menerusi lagu Bayang.
BERITA TRENDING: Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia
BERITA TRENDING: Shasha Abedul Hidap Depresi & Anxiety - “Saya Pergi Terapi & Jumpa Pakar Psikologi, Alhamdulillah Semakin Baik”
BERITA TRENDING: Anak Mat Redho Hilang Ditemui Selamat - “Our Boy Is Found Safe And Sound, Unharmed”
BERITA TRENDING: Nama Dipetik Sertai GV11, Mila Jirin; "Jangan Risau, Saya ..."
Must-Watch Video