,
Laman Utama

“Ketika Doktor Beritahu Saya Hanya Ada Enam Bulan Untuk Hidup..” - Brendan Gan

Azwa Rahman
27/01/2022
00:02 MYT
“Ketika saya mengetahui saya mengalami masalah kesihatan ini, doktor telah memberitahu bahawa saya hanya ada enam bulan untuk hidup. Ia begitu menjejaskan saya kerana saya telah mengharungi naik turun sepanjang karier saya.”
Demikianlah tutur kata kapten Selangor FC, Brendan Gan, 34, yang kini sudah bangkit melatih minda dan mentaliti untuk mengharungi sebarang cabaran dalam hidup.
Kuat melawan masalah kesihatan yang menimpa dirinya, anak kelahiran Sutherland Australia itu menganggap kanser yang menyerangnya tidak akan memberi kesan terhadap psikologi dan emosinya di atas padang.
Memetik laporan Astro Arena, perancang tengah Harimau Malaya itu percaya mampu kembali mengukuhkan reputasinya musim ini sekaligus melupakan detik hitam pada 2021.
“Keadaan saya bertambah baik dan ketika ini perlu menjalani beberapa penilaian, saya sangat gembira kerana kembali menjalani latihan," kata Brendan.
“Sepanjang proses pemulihan, saya mengalami penurunan berat badan dan saya telah berkerja keras untuk menangani masalah ini serta untuk kembali menemui tahap kecergasan terbaik.
"Saya berharap apa yang telah diusahakan mampu memberikan manfaat kepada saya ketika beraksi bersama Selangor nanti,” jelasnya lagi.
Berjaya menukar sebarang fikiran jahat kepada positif, bapa kepada seorang anak ini tekad bahawa tiada sesiapa yang mampu menjejaskan mindanya dan sentiasa percaya dengan apa yang mampu dilakukan.
"Bagi saya, setiap musim Selangor memiliki barisan pemain yang berkualiti, sekarang kami dalam usaha untuk memastikan setiap pemain ini dapat beraksi bersama sebagai satu unit.
“Bolasepak adalah sukan berpasukan kualiti secara kolektif membantu pasukan menjuarai gelaran, memenangi perlawanan."
Sekitar Julai tahun lalu, pasukan Selangor FC mengesahkan Brendan menghidap kanser testis dan berjaya menjalani pembedahan.
Brendan mula menyertai Selangor pada musim lalu selepas mewakili beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) sebelum in termasuk Perak dan Kelantan.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.
Sukan

Final Piala FA: Kesebelasan Utama, Selangor Taruh Barisan Terkuat! Faisal Halim Di Bangku Simpanan

gempak
24/08/2024
12:35 MYT
Ketua jurulatih Selangor,Nidzam Jamil, mempertaruhkan barisan pemain terkuat dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Sukan

Final Piala FA: "Bukan Sebab Saya Bekas Pemain JDT, Tetapi..." – Ini Ramalan Juara Zaquan Adha

gempak
24/08/2024
06:53 MYT
Perlawanan malam ini juga turut mendapat perhatian bekas pemain Harimau Malaya, Zaquan Adha.
Sukan

Faisal Halim Akui Prestasi Positif Tapi Perlu Masa Capai Tahap Maksimum – “Beri Saya Ruang Untuk Kejar Semula”

gempak
18/08/2024
05:25 MYT
Pemain sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim mengakui masih memerlukan masa untuk mencapai prestasi maksimum meskipun telah kembali beraksi sebagai kesebelasan utama pada Piala Sultan Selangor 2024 (TSSC) malam tadi.
Sukan

Semangat Faisal Halim Untuk ‘Comeback’, Dah Mula Buat Persiapan - “Bangkit Kerana Beribu Peminat Menyokong Anda!”

gempak
07/08/2024
01:50 MYT
Kemunculan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang beraksi di separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu lalu mendapat sokongan penuh peminat.