,
Laman Utama

“Ketika Bertemu Teman-Teman…”- Tak Berhijab Di Korea, Ini Penjelasan Model Mualaf Ayana Moon

Syafiqah Jalal
20/07/2022
00:40 MYT
Penampilan pempengaruh dan model berhijab popular yang berasal dari Korea Ayana Jihye Moon yang tak mengenakan tudung seperti kebiasaannya ketika pulang ke negaranya dipersoal netizen.
Ayana yang sering berkongsi kisah penghijrahannya memeluk Islam di media sosial itu dilihat hanya bertopi menutup kepala dan berjaket ‘hoodie’ dalam satu gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Dalam foto berkenaan dia bergambar bersebelahan dengan adiknya yang juga telah memeluk Islam dan bernama Aydin.
Kemas kini itu mendapat perhatian peminatnya dari Malaysia lebih-lebih lagi Indonesia yang rata-rata mempersoalkan imejnya itu kerana bimbang dia tidak lagi berhijab.
Tidak kurang juga yang memberi semangat agar Ayana terus istiqamah meskipun terpaksa menutupi rambutnya dengan gaya yang berbeza.
Bagaimanapun, Ayana tidak berdiam diri lalu turut membalas komen dengan memberitahu ada masa dia terpaksa tampil dengan imej sebegiti di Korea mengikut kesesuaian tempat dan waktu.
“Please not fight here. Saya pakai hijab di Korea kalau saya jalan-jalan sendiri, bertemu orang muslim dan ketika saya pergi ke masjid.“Tapi ketika saya bekerja, bertemu keluarga dan teman-teman yang tidak suka hijab saya pakai topi kerana hijab memang susah diterima di Korea. Mungkin kerana Islam masih minority dan banyak tak kenal Islam.
“Doakan yang semua untuk saya dan Aydin. Terima kasih, rindu semuanya,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Teruja Bawa Watak Mualaf, Nina Kho Rasa Diri Cantik & ‘Suci’ Bila Pakai Hijab - “Saya Sudah Mula Faham Kenapa Wanita Perlu…”

gempak
12/09/2024
01:51 MYT
Memegang watak sebagai seorang mualaf yang memerlukan dirinya memakai tudung membuatkan pelakon Nina Kho berasa teruja biarpun mengakui sukar untuk menggayakan imej itu.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.