WATCH
Ketahui 4 punca mengapa enjin anda bergegar
Enjin bergegar adalah antara masalah paling biasa dihadapi oleh pemilik kenderaan, terutamanya jika ianya sudah berusia dan tidak mendapat perhatian yang secukupnya.
Tetapi adakah anda tahu apa yang menyebabkan enjin bergegar? Di sini kami senaraikan empat punca kerosakan yang boleh menyebabkan ia berlaku:

1.Peredam aci engkol (crankshaft damper) – Jika enjin kereta anda bergegar dengan kuat, ini mungkin puncanya. Ini kerana fungsi utama komponen ini adalah untuk mengatasi getaran kilasan dan getaran daripada aci engkol.
2.Cagak enjin – Seperti namanya, komponen ini memastikan enjin sentiasa stabil ketika ia dihidupkan. Jika bahagian getah pecah atau lusuh, ia akan mengurangkan keupayaan cagak untuk menyerap sebarang gegaran dari enjin.
3.Palam pencucuh – Palam pencucuh yang bermasalah akan menyebabkan berlakunya ‘misfiring’, sekaligus menghasilkan gegaran yang luar biasa.
4.Gandar – Jangan sangka masalah gegaran hanya berpunca daripada enjin. Gandar, galas bebola atau aci pemacu yang terjejas (akibat kemalangan dan sebagainya) juga boleh menjadi faktor.
Must-Watch Video