gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Ketagihan Pornografi, Billie Eilish Akui Otaknya Rosak

Izwan Isa
Izwan Isa
07/08/2023
03:20 MYT
Sponsor Banner
Ketagihan Pornografi, Billie Eilish Akui Otaknya Rosak
Penyanyi Billie Eilish membuat pengakuan kontroversi mengenai masalah ketagihannya menonton porno.
Mengenali pornografi sedari usia kecil, menurut Billie, masalah ketagihannya itu menyebabkan otaknya rosak selain sering mendapat mimpi buruk.
“Saya rasa pornografi merupakan satu hal yang memalukan. Jujurnya, dulu saya sering menonton filem porno… saya mula menonton ketika usia saya 11 tahun.
“Pornografi benar-benar menghancurkan otak saya, dan saya berasa sangat ‘hancur’ kerana sering menonton kandungan seperti itu,” katanya menerusi The Howard Stern Show.
Dipetik daripada detikhealth, ketagihan bahan lucah adalah ketagihan yang paling sukar untuk dirawat, kerana ketagihan ini menyerang 'jantung' manusia. Hal ini kerana, seksualiti merupakan pemacu utama dari hal-hal kepentingan manusia.
"Pornografi ialah racun yang sempurna," kata Gordon S. Bruin M.A., L.P.C, pengasas dan presiden InnerGold Counseling Services Inc., seperti yang dilaporkan oleh HubPages.
Pada asasnya, satu-satunya perbezaan antara ketagihan dadah dan pornografi ialah, cara ia memasuki sistem. Otak bertindak balas terhadap maklumat yang diterima melalui mata lebih cepat berbanding daripada sumber lain.
Maklumat visual diproses dalam sistem limbik dalam nanosaat. Disebabkan ini kenapa ketagihan menonton kandungan lucah adalah masalah besar. Maklumat visual diproses lebih cepat daripada maklumat deria lain.
BACA: Pelawak Dengan Pengenalan Nama M Miliki 76 Konten Video Porno​
BACA: Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?​
Topic Berkaitan
#Porno
#Billie Eilish
#Otak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement