,
Laman Utama

Kesiannya… Mat Dan Pergi Hospital Sendiri Selepas Muntah-Muntah Non-Stop Selama Dua Hari - “Telefon Ambulans Tapi…”

Izwan Isa
15/12/2021
02:20 MYT
Selebriti media sosial Mat Dan atau nama penuhnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah mendedahkan yang dia kini sedang dirawat di sebuah hospital di kampung halamannya, Cheltenham, Gloucestershire.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram, Mat Dan berkata, dia pergi ke hospital selepas mengalami muntah-muntah tanpa henti selama dua hari.
“Assalammualaikum, saya Mat Dan dan quick update tentang saya. Sekarang ini, saya sedang dirawat di hospital di kampung halaman saya di UK. Ada masuk air.
“Muntah dua hari non-stop. Telefon ambulans tapi mereka tidak boleh datang ambil. Jadi, saya serah diri ke hospital. Selepas tunggu dua hingga tiga jam, mereka terus ambil darah dan buat CT scan. Insya-Allah doa yang baik-baik untuk saya eh,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mat Dan turun memberitahu yang dia tidak dijangkiti virus COVID-19.
“Walaubagaimanapun saya negatif COVID-19. Sekarang masih tunggu keputusan untuk beberapa ujian yang dibuat ke atas saya. Doa yang baik-baik semua,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Mat Dan memberikan komen-komen positif dan mengharapkan lelaki itu lekas sembuh.
Selain itu, rakan artis Syafiq Farhain turut meninggalkan respons terhadap video yang dikongsikannya itu.
“Semoga segala urusan dipermudahkan bosku,” tulisnya.
Mat Dan yang dilahirkan dengan nama Daniel James Tyler, 32, meraih populariti selepas dia dikenali sebagai mat salleh yang pandai bertutur bahasa Melayu dengan dialek Terengganu.
Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan gadis tempatan, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Eydan Yusoff yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Demi Keluarkan Duit Nak Bayar Rawatan, Lelaki Sakit Tenat Terpaksa Ke Bank Sambil Diusung Bersama Katil Hospital Untuk Lakukan Pengesahan Identiti

gempak
09/11/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki yang sedang sakit tenat dibawa ke cawangan bank tempatan bersama katil hospital oleh keluarganya untuk mengesahkan identitinya bagi tujuan transaksi wang.
Hollywood

Jasad Liam Payne Dibawa Pulang Ke UK Lepas 3 Minggu Mati Di Argentina

gempak
07/11/2024
11:55 MYT
Jasad penyanyi Liam Payne akhirnya dibawa pulang ke United Kingdom selepas tiga minggu meninggal dunia di Argentina.
Berita

"Jiran Tak Sanggup Dengar Si Kecil Dipukul Hari-Hari Sampai Lebam Mata" - Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Disyaki Didera, Kini Dirawat Di Hospital Selayang

gempak
26/10/2024
18:50 MYT
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki didera oleh ibu dan bapanya kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Selangor.
Viral

Pelajar Malaysia Bunuh Bayi & Sumbat Dalam Kotak Bijirin Didakwa Di UK

gempak
25/10/2024
08:42 MYT
Seorang pelajar Malaysia disabitkan di mahkamah jenayah di Warwick, Britain atas kesalahan membunuh bayinya yang baru lahir pada Mac lalu.
Hiburan

Alami Keracunan Makanan, Che Ta Dimasukkan Ke Hospital - "Dah 10 Tahun Tak Masuk Hospital, Kali Terakhir Ketika ..."

gempak
22/10/2024
02:25 MYT
Pelakon jelita Rozita Che Wan dimasukkan ke hospital petang Isnin disyaki akibat keracunan makanan.
Unitar