,
Hiburan

“Kesian Ibu Tinggal Seorang” - Demi Jaga Ibu, Anding Sanggup Ulang-Alik Sarawak Ke KL

Mya Amri
31/01/2020
09:02 MYT
Penyanyi dan pelakon Anding akui sudah menetap di Sarawak demi menjaga ibunya, Juncy Abdullah, 62, sejak tahun lalu.
Menurut Anding, dia kini berulang-alik dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk menjayakan teater Semarak Pertiwiku.
“Dah hampir setahun duduk di Sarawak dan berulang ke Kuala Lumpur untuk kerja. Bagi saya tak ada masalah pun sebab sebelum ini pun pernah buat perkara yang sama sewaktu arwah bapa saya sakit.
“Memang dah lama simpan niat untuk pulang kerana ibu saya tinggal seorang selepas bapa meninggal.
“Kesian pula dekat ibu, jadi sebab itu saya memang tunggu peluang untuk menetap dan bekerja di sana. Kini saya bersama dengan RTM Sarawak dan mengendalikan program siaran langsung, Kuppa Kopi selaku hos.
“Saya rasa tak rasa akan menjadi kekangan buat saya untuk teruskan bidang seni, walaupun menetap di sini saya masih lagi ada tawaran berlakon. Sebenarnya tidak kira di mana anda berada, jika ada rezeki maka adalah,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai cabaran bekerja diluar kawasan, Anding berkata masa banyak dihabiskan untuk perjalanan pergi dan balik.
“Saya kena berada di Sarawak setiap hari Selasa untuk program live manakala latihan teater pula di Istana Budaya, jadi setiap minggu kena ulang-alik.
“Memang agak mencabar jugalah untuk saya, penat dari segi travel sahaja lah sebab perjalanan pergi dan balik juga memerlukan tenaga.
“Banyak masa dan tenaga habis di situ sahaja, tapi apa pun saya tak kisah dah namanya rezeki. Yang penting kita buat sehabis baik,” jelasnya.
Teater muzikal Semarak Pertiwiku adalah projek kerjasama SPRM, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Istana Budaya.
Semarak Pertiwiku berkisarkan tentang kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan. Disebabkan itu, tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega.
Bermula semalam, orang ramai boleh menonton teater muzikal arahan Muhammad Azri Azli secara percuma dalam dua slot hari ini, 3.30 petang dan 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar