gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘Repost’ Video Cara Tangani Individu Bersifat Narsistik, Akaun TikTok Anna Jobling Undang Spekulasi Ramai - “Lindungi Reputasi, Ketenangan…”
VIRAL
Rakam Video ‘Bergurau’ Ketika Nyanyi Lagu Negaraku, Pempengaruh Mohon Maaf - “Saya Insaf Dan Berjanji…”
HIBURAN
Erma Fatima Tegur Netizen, Minta Jangan ‘Menyibuk’ Isu Anna Jobling & Ibu Kandung - “Siapa Kita Untuk Menghukum”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Kes Zara Qairina: "Anak Saya Tak Terlibat"

Gempak
Gempak
12/08/2025
05:38 MYT
Sponsor Banner
Kes Zara Qairina: "Anak Saya Tak Terlibat"
Seorang lelaki tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan anak perempuannya dengan kes Zara Qairina Mahathir yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang ditularkan di media sosial, lelaki yang mendakwa bapa kepada remaja yang gambarnya dimuat naik di platform sama menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan tersebut.
"Saya bapa kepada pelajar ini yang menafikan sekeras-kerasnya fitnah ke atas anak saya yang cuba dikaitkan dia dengan kes Zara Qairina.
"Anak saya bersekolah di sana pada tahun 2022 (Tingkatan Satu) sehingga 2024 (Tingkatan Tiga) dan pada awal 2025 dia mendapat tawaran dan berpindah sekolah ke Kolej Vokasional di Lahad Datu sehingga kini," jelasnya dalam kenyataan yang ditularkan di media sosial.
Susulan daripada itu, lelaki tersebut memberi amaran bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mengaitkan anaknya degan kes tersebut.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk membuat saman sivil mana-mana individu yang cuba mengaitkan anak saya dengan kes ini.
"Untuk makluman juga laporan polis telah dibuat terhadap sebuah akaun TiktTok kerana memuat naik gambar dan video anak saya di dalam akaun mereka, walaupun mereka telah memohon maaf dan memadam video tersebut tetapi masih ada beberapa individu yamg masih menyebarkan berita palsu tersebut," katanya.
Beliau dalam pada itu turut berharap orang ramai sentiasa memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan kepada umum dan tular di media sosial.
Dalam perkembangan kes berkaitan Zara Qairina, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob meminta supaya pihak berwajib membuat siasatan penuh dan professional mengikut Prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan bahawa kes itu mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya.
"Saya juga minta pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan menyiasat dan laporan dari segi pematuhan SOP kerja, disiplin dan keselamatan sekolah dan asrama," katanya.
Tegasnya, beliau langsung tidak membuat sebarang andaian, spekulasi atau menuduh mana-mana individu atau kumpulan terlibat namun selepas dua minggu tiada berita atau keputusan siasatan.
"Maka badan bukan kerajaan (NGO) dan warga maya bangkit seperti yang tular. Sekarang NGO dan berbagai kumpulan akan terus menjerit 'Justice For Zara' sehingga ada jawapan dari pihak berwajib. Itu pun tidak berhenti sehingga yang terlibat dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Mengenai perkembangan di kawasan tanah perkuburan jenazah Zara Qairina dikebumikan, setakat ini difahamkan pasukan polis hanya melakukan kawalan semasa porses penggalian dan pengebumian semula di lakukan pada Sabtu dan Ahad lalu.
Topic Berkaitan
#Viral
#Anak
#Sabah
#Nafi
#Zara Qairina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement