,
Laman Utama

Kes Saman Fitnah Siber; Naz Carpentry Sedia Berbincang Dengan Awal Ashaari

Amri Hassan
06/09/2021
05:31 MYT
Syarikat perabot dan hiasan dalaman Naz Carpentry terbuka untuk menyelesaikan kes samannya terhadap hos televisyen Awal Ashaari secara baik menerusi proses mediasi.
BACA: Langgar Kontrak, Awal Ashaari Disaman RM300,000
BACA: Naz Carpentry Fail Permohonan Ketepikan Pembelaan Terhadap Awal Ashaari, Bertindak Selepas Awal Tuntut Ganti Rugi
Menerusi kenyataan dari firma pengurusan reputasi Saiful Ridzuan Public Relations And Communications, Naz Carpentry mahu memastikan reputasi mereka dipulihkan melalui cara tersebut.
"Naz Carpentry sentiasa terbuka untuk mencapai persetujuan ‘menang-menang’ bagi krisis reputasi ini.
"Apa yang penting ialah keputusan yang disasar oleh kedua-dua pihak mestilah memastikan reputasi jenama Naz Carpentry yang telah dicemari akan berjaya dipulihkan," jelas Saiful Ridzuan.
Awal Ashaari, defendan dalam kes sivil tersebut sebelum ini telah memohon kepada mahkamah untuk menyelesaikan kes tersebut secara mediasi dan bukannya dibicarakan di mahkamah.
Pada awal Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan permohonan pihak defendan dan mencadangkan kes saman fitnah ke atas pengacara tersebut dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi untuk penyelesaian.
Naz Carpentry tidak membantah permohonan pihak Awal Ashaari yang dibuat pada 1 Julai.
"Anak guam bersedia untuk perbicaraan namun pada masa yang sama berbesar hati untuk berunding bagi menyelesaikan kes ini," kata Nurul Hafidzah Hassan dan Wan Azmir Wan Majid, peguam yang mewakili Naz Carpentry.
Pada bulan November tahun lalu, Naz Empire Sdn.Bhd. memfailkan saman menuntut ganti rugi RM3 juta dari Awal Ashaari dan dua defendan lain iaitu Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli.
Naz Carpentry mendakwa Awal Ashaari membuat pelbagai kenyataan fitnah bermula dari November 2019 hingga ke November 2020.
Kenyataan itu telah diterbitkan oleh defendan menerusi Instagram atas nama @awalashaari yang mempunyai 4.7 juta pengikut dan aplikasi Youtube dengan nama SchAwal yang mempunyai 42, 700 pengikut ketika itu.
Posting dan kenyataan tersebut turut disiarkan pelbagai pihak ketiga.
Pada bulan April yang lalu, defendan kedua dan ketiga, Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli yang berniaga atas jenama Something Borrowed by Nawal Enterprise membuat pengakuan yang mereka berdua telah memfitnah Naz Carpentry dan membuat permohonan maaf itu menerusi laman Instagram @houseofsix.my seperti yang dipersetujui untuk penyelesaian kes berkenaan.
Peguam Nurul Hafidzah menyatakan yang proses mediasi di antara Naz Carpentry dan Awal Ashaari akan bermula pada 12 Oktober ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Terkini

Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta? - “Saya Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh…”

gempak
16/11/2024
07:55 MYT
Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.
Hiburan

Dituduh Guna Hasil Wang Haram, Shuib Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Memang Suka Saman-Menyaman”

gempak
16/11/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib mendedahkan dirinya telah difitnah oleh seorang individu di laman media sosial, TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Hiburan

Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

gempak
29/10/2024
03:35 MYT
Pelakon dan model Shakila Saiful memaklumkan dia perlu berhijrah keluar dari Malaysia buat sementara waktu bagi memulihkan dirinya.
Unitar